You are here
Home > Featured > Pemain baru MU musim 2017/18

Pemain baru MU musim 2017/18

Sehingga rencana ini ditulis iaitu tengahari 3 ogos 2017 hanya tiga orang pemain sahaja yang menurunkan tanda tangan mereka untuk bermain dengan Manchester United pada musim 2017/18, dalam  Liga Perdana Inggeris.

Pada musim lalu, selepas saja dilantik sebagai Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dengan segera telah membeli beberapa pemain dalam usaha melaksanakan tanggungjawabnya mengembalikan kegemilangan Manchester United seperti zaman Pengurus Sir Alex Ferguson.

Mourinho segera memperkuatkan bahagian serangan dengan membawa masuk pemain berasal dari Sweden berusia 35 tahun. Selepas itu beliau mendapat tandatangan Paul Pogba pula dari Juventus dengan harga £83 juta, jumlah ini tercatit sebagai penbayaran yang paling tinggi dalam sejarah bolasepak Inggeris.

Pemain berikutnya Eric Bailly berusia 23 tahun, pemain pertahanan tengah berasal dari Cote d’Ivoire (Ivory Coast). Dan seorang lagi pemain dari Armenia iaitu Henrikh Mkhitaryan yang boleh bermain di bahagian serangan dan bahagian sayap.

Hasil dari susunatur para pemain  oleh Mourinho, kedudukan MU di akhir Liga EPL menduduki tangga keenam dan tidak layak menyertai Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18. Apapun setelah menjuarai Liga Eropah dengan mengalahkan Ajax Amsterdam 2-0 musim lalu iaitu musim 2016/17, maka sebagai juara liga itu MU berpeluang secara otomatik untuk bermain dalam Liga Juara-Juara musim 2017/2018.

Sebab itulah bagi menghadapi musim 2017/2018, Jose Mourinho telah meminta Pihak pengurusan kelab khususnya Ed Woodward. Untuk membeli sekurang-kurangnya empat pemain yang bagus.

“Dengan pemain yang ada, musim 2017/18 MU tidak boleh pergi jauh. Sebab pemain tidak cukub bagus (players not good enough) “ kata Zlatan Ibrahimovic.

Tiba saja jendela perpindahan menjelang musim baru EPL 2017/18, MU telah membeli pemain pertahanan Sweden Victor Lindelof berusia 23 tahun. Pemain ini akan digandingkan dengan Eric Bailly sebagai pertahanan tengah MU.

Ibrahimovic telah menghadapi kecederaan lutut semasa di akhir kempen Liga Eropah musim 2016/17 menyebabkan MU kehilangan penyerang. MU mencari ganti penyerang bagi musim 2017/18 yang akan datang ini. Antara pemain yang berada dalam radar Jose Mourinho ialah Harry Kane dari Kelab Tottenham Hotspurs, Alvero Morata dari Real Madrid,  Romulu Lukaku dari Kelab Everton dan Griezmann dari Kelab Atletico de Madrid. Keempat empat mereka ini adalah pemain penyerang antarabangsa Negara masing-masing. Harry Kane penyerang pasukan England. Alvero Morata Negara Sepanyol. Romelu Lukaku Negara Belgium dan Griezmann pula penyerang pasukan Peranchis.

Hemat penulis, kelihatan Jose Mourinho memberi keutamaan seperti berikut iaitu Harry Kane yang pertama, diikuti Lukaku, Griezmein dan Morata. Pembelian dan pertukaran pemain di EPL ini tidak semudah seperti bacaan A ke Z. Ianya melibatkan faktor kewangan untung rugi, faktor strategi, kemanusiaan, undang-undang, peminat, saham, iklan, saikologi, alatan dan keperluan latihan, kewibawaan Pengurus dan beberapa lagi.

Pemain kedua ialah Romelu Lukaku bersetuju menyertai MU dengan anggaran harga £75 juta. Perpindahan Lukaku ini membuat peminat Chelsea marah sangat pada MU kerana Lukaku telah hampir-hampir mahu kembali ke Chelsea, kelab lamanya. Dikatakan Pogba telah memainkan peranan membawa sahabatnya itu ke MU.

Pemain ketiga yang di bawa masuk ke MU ialah Nemanja Matic “Tembok Serbia” dari Chelsea dengan harga perpindahan sebanyak £40 juta. Chelsea sebenarnya tidak mahu menjual pemain defensive midfielder ini kerana pemain ini sangat bagus dan berwibawa di bahagian tengah. Pemain ini akan dapat memberikan ruang kepada Paul Pogba untuk menerjah pertahanan pasukan lawan.

Chelsea melepaskan pemain ini kepada MU kerana Matic sangat-sangat mahu kembali kepada Jose Mourinho, bekas jurulatihnya. Sekali lagi peminat Chelsea sangat marah kepada MU. Berita terakhir diterima menyatakan bahawa jersi MU telah dihampar di atas jalanraya di hadapan stadium Stanford Bridge milik Chelsea dan telah digelek berulang kali oleh sebuah trak. Apa pun dalam kepahitan rasa kita harus mengangkat tangan mengucapkan syabas kepada Chelsea dan Antonio Conte kerana atas nama professional telah melepaskan Matic ke MU.

Pengurus pasukan MU meminta lagi pemain baru di ambil. Peminat di Manchester telah menyebut nama-nama Gereth Bale, Serge Aurier, Ivan Perisic dan Renato Sanchez.

Apapun, permusuhan antara peminat Chelsea dengan peminat MU pasti terjadi dan ini akan membuka lambaran baru dalam sejarah bola sepak Inggeris, bermula musim 2017/18! Sama-sama kita lihat nanti.

Aku Penyokong MU!

 

Leave a Reply

Top