You are here
Home > Semasa > Kebakaran Tahfiz: Anak-anak jenis apa yang generasi kini lahirkan?

Kebakaran Tahfiz: Anak-anak jenis apa yang generasi kini lahirkan?

Ramai orang sedih dan sebak dengan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur baru-baru ini, tapi ramai juga sebenarnya yang terkejut apabila terbongkar punca sebenar kejadian yang menyayat hati itu. Berikut adalah perkongsian rasa seorang ibu, Nur Farina Abdullah dari UKM terhadap tragedi yang menggemparkan negara ini.

Saya tak sedih tahfiz terbakar sebab YA….sudah nak terbakar, terbakarlah dia. Biarlah orang nak persoalkan ciri keselamatan ker hapa. Pandai2lah ambil ikhtibar.

Saya juga tak sebak anak2 tahfiz tu rentung. Syurgalah tempat mereka. Anak saya yang masih hidup ni tak tahu lagi akan menghuni syurga atau sebaliknya. Harap2 syurgalah juga namun jika boleh usahlah pergi dalam keadaan azab dan rentung, tapi andai itu yang sudah ditetapkan yang maha kuasa, YA.. saya akan belajar untuk redha. INSYAALLAH.

Tapi air mata saya bergenang, dada saya sebak dan tak tertelan air liur saya dek kerana terasa berpasir tatkala mendapat tahu yang menjadi dalang kepada musibah itu adalah anak2 yang sebaya anak saya malah lebih muda dari anak saya sendiri.

Spontan terlintas difikiran…

“Ya Allah… anak2 jenis apakah yang sudah generasi aku lahirkan keatas dunia ini? Kenapa zalim dan langsung tidak ada sedikit rasa kasihan atau peri kepada manusia lain yang masih bernyawa?

Adakah anak2 ini yang tidak boleh ditegur guru, ditegur jiran, dirotan guru, didenda tatkala tidak menyiapkan kerja sekolah dan adakah anak2 generasi ini yang tidak boleh duduk di atas jalan tar semasa perhimpunan sekolah?

Adakah anak2 ini yang tatkala kita ibu bapa dipanggil guru kerana anak kita merokok dan memonteng kelas tapi kita maki kembali cikgu dengan mengatakan anak kita anak yang baik dan kita akan menyaman sekolah kerana kununnya mahu menfitnah anak kita?

Adakah anak2 ini yang tatkala rambutnya dibotakkan guru displin kerana berfesyen serta berwarna kita serang sekolah dan menyuruh anak kita untuk tidak hadir ke sekolah kerana kununnya guru2 kurang ajar dan tidak tahu adab bersama pelajar?

Adakah anak2 ini?

Anak2 yang dimanjakan secara membuta tuli. Anak2 yang diajar kasih sayang melalui wang ringgit, gadjet mewah dan kebebasan tanpa batasan.

Anak2 yang kita fikir sudah terlalu dewasa dan matang untuk menjaga diri sendiri tatkala kita terlalu sibuk dan lelah mencari nafkah memburu rezeki dari subuh gelap hingga lewat malam gelita dek kerana desakan kos sara hidup yang semakin menyempit?

Allahuakhbar!!!

Tak terfikir Tak terbayang!
Kenapa anak2 generasi baru ni terlalu ekstrem!
Kenapa anak2 generasi baru ni terlalu bebas!
Kenapa anak2 generasi baru ni terlalu ‘cendiakawan’!
Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa???

Ibu bapa generasi hujung 70an dan awal 80an.

Kita boleh berbangga kita hamil kerana menggunakan produk itu dan produk ini. Bunjut itu dan bunjut ini.
Kita megah air susu kita meriah kerana mengamalkan produk itu dan produk ini. Pam itu dan pam ini.

Tapi untuk mendidik anak menjadi anak yang mendengar kata, anak yang ada sifat peri dan belas dalam diri, anak yang berakhlak serta berbudi, tidak ada alat atau pun produk atau supliment yang boleh kita beri pada mereka kecuali kita berikan didikan dan tauladan yang baik yang datangnya dari kita sendiri.

Mungkin kita tak punya banyak masa memantau mereka tetapi bagaimana kita berusaha mencari duit untuk hidup begitulah juga kita harus berusaha mencari masa agar anak kita tidak terlalu selesa bebas melakukan apa saja sehingga tergamak melakukan jenayah yang akhirnya membuat kita merana.

Berhentilah masuk campur urusan guru2 sekolah semasa mendidik anak2 kita. Biarlah anak kita dirotan, ditampar didenda selagi mana anak kita tidak lumpuh tidak koma tidak mati. Yakinlah guru2 disekolah niatnya mahu mendidik. JARANG guru menghukum murid tanpa sebab. KEBANYAKAN guru menghukum kerana mahu mendidik. Anak kita dihukum pasti bersebab.

Sudah2lah asyik mahu menyerang sekolah menyaman sekolah hanya pada perkara kecil yang mana zaman2 kita dahulu pun kita lalui perkara yang sama tapi ibu ayah kita tak menyebelahi kita pun, malah ibu ayah akan menyokong apa yang guru2 buat pada kita kerana mak ayah kita berpegang pada prinsip, “cikgu mahu mendidik dan jika anak aku tak salah cikgu tak akan menghukum”.

Tapi mak ayah zaman moden sudah terlalu manjakan anak sehingga anak2 hilang hormat pada guru malah tidak ada rasa hormat pada masyarakat jiran keliling kerana sudah dididik jika jiran mengadu perihal buruk anak mereka, si ibu atau si ayah akan menyerang si pengadu dengan mengatakan “usah masuk campur urusan keluarga mereka”

Makanya generasi 70an dan 80an,

Fikir… adakah kita berterusan mahu melahirkan generasi yang terlalu ekstrem dan hilang rasa belas kasihan pada insan lain?

Jawapannya sudah tentu TIDAK.
Namun apa usaha kita untuk membendung semua ini?

Muhasabah diri.
Fikir berkat tak berkat rezeki yang kita kenyangkan perut anak2 kita.
Renung dalam2 mata anak kita dan tanya diri kita…

1) Bila kali terakhir kita kejut anak kita solat subuh?

2) Bila kali terakhir kita punggah beg sekolah anak2 kita dan periksa sehelai demi sehelai buku2 sekolahnya?

3) Bila kali terakhir kita periksa gadjet2 anak kita?

4) Bila kali terakhir kita peluk kita cium dan kita berbual2 dengan anak kita?

5) Bila kali terakhir kita solat sama2 dan mengaji sama2 dengan anak kita?

6) Bila kali terakhir kita memberi nasihat dan mengingatkan anak kita apa yang boleh dibuat apa yang jangan dibuat?

Fikir, Ingat, Renung dan Masih Sempat Jika Mahu Berubah.

Nur Farina Abdullah
MA Sosiologi Keluarga UKM
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan

Leave a Reply

Top