You are here
Home > Sastera > Roy … Bismillah Yang Hilang

Roy … Bismillah Yang Hilang

Sore itu, ketika mentari masih kelihatan sangat hujung di ufuk barat, Roy baru bergerak kembali ke Kolej. Seharian dia di Jalan Tuanku Abdul Rahman, bersama mahasiswa dari seluruh Negara berhimpun berdemonstrasi. Mereka membawa sepanduk, pembesar suara serta beraneka alat muzik bersorak dan bertempit meminta sesuatu dari pihak kerajaan.

Mereka juga mengutuk beberapa pemimpin dari parti pemerintah yang menurut mereka bertanggungjawab merampas dan membunuh kebebasan bersuara mahasiswa. Mulut para mahasiswa didakwa telah ditutupkunci secara paksa oleh kerajaan dengan sebab takutkan mahasiswa bangun memberontak dan mengambil alih tadbir Negara.

Maka beribu-ribulah mahasiswa dari pelusuk Negara datang menyatakan bantahan mereka secara terbuka di hadapan kalayak rakyak. Dan dalam ramai-ramai ini termasuklah sahabat kita Roy. Kali ini Roy tidak membawa siswi yang selalu dengannya sebab pada Roy mereka itu lembik macam goreng pisang dari pisang yang dah ranum. Apapun, Roy bersetuju sangat dengan perjuangan jalanan mahasiswa itu.

Roy bersama mahasiswa yang berdemonstrasi itu telah menghentam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, kerana aturan dan undang-undang di dalam akta itulah yang telah mencekik dan membunuh kebebasan  mahasiswa. Kesan dari hal itulah, hari ini mahasiswa menjadi monyok, lesu, mandom dan tidak dapat lagi diletakkan harapan pada mereka. Kerana itu mereka mendesak agar Perdana Menteri menarik larangan mahasiswa berpolitik di dalam kampus. Dengan demikian mahasiswa boleh masuk dan menjadi anggota mana-mana parti pun dan bebas bergerak di dalam kampus. Itulah rupa kebebasan yang dituntut mahasiswa termasuk Roy.

Roy terus ke Dewan Makan kerana perutnya telah lama menyanyikan lagu Senandung Kelaparan. Dengan pantas dia mengambil makan malamnya dan kemudian dengan lahap dia membelasah makanannya. Sehingga apabila makannya mula terasa berkurangan lapar, barulah dia berhenti sejenak dan mula mahu memandang sekeliling. Ketika mengangkat mukanya tiba-tiba terlihat oleh Roy seseorang sedang menghulur tangan padanya..

“Nama saya Lia Azlin. Panggil saja Lia. Asal saya Kuala Lumpur dan saya mahasiswa Fakulti Muzik Tahun Dua.

Roy menyambut salam pengenalan dari Lia. Tersentuh rasa lelakinya pabila melihat senyum yang di miliki Lia.

“Saya bersama kamu di Kuala Lumpur tadi, berada di belakang kamu. Dalam demontrasi itu,” Lia memberitahu Roy.

“Kenapa tidak menegor saya waktu itu. ’Kan boleh kita berdemo bersama, tentu bersemangat sangat saya!” Roy menjawab.

“Saya pergi bukan nak berdemo, saya pergi melihat demo. Itu tujuan saya,” Lia menjelaskan.

“Kalau begitu saudari bukan pejuang, elok saja duduk di Kolej. Tidur enak-enak makan enak-enak, belajar pun enak-anak. Biar kami saja jadi pejuang, biar pun kami akan senak,” Roy menjawab sombong hingga sombongnya menghiasi wajah gantengnya.

“Saudara nampaknya macam menghina saya. Perjuangan jalanraya yang saudara lakukan bukanlah untuk mahasiswa, jauh dari milik saudara. Perjuangan itu milik algojo yang mukanya selalu diselimut! Tau tak saudara dengan yang lain tu telah menjadi kuda dan di perkudakan pulak oleh pihak tertentu,” Lia pun mula beri rasa panas perempuannya.

“Lia, jangan kata mahasiswa saya mahasiswa tak baca Akta. Mahasiswa yang tak baca Akta tu mahasiswa kurap yang bangang, mahasiswa yang seluar dalamnya koyak-koyak! Saya tahu apa yang saya perjuangkan kerana saya membaca malaun Akta tu,” Roy jawab dengan pastinya.

“Roy, kamu hanya pemain kecil dalam satu permainan yang besar. Tahu kamu hanya perjuangan kamu sahaja, perjuangan agar mahasiswa dibebas untuk berpolitik. Apa yang kamu tahu tentang politik itu?” Lia bertanya.

“Politik membolehkan kita bercakap. Bercakap mengenai kekurangan terhadap rakyat yang perlu dibaiki. Bercakap tentang kebenaran dari satu penipuan. Dan bercakap hal sebenar dari hal yang sengaja diada-ada, menentang manipulasi kerana  berkuasa. Sebab itu mahasiswa perlu dibebas untuk berpolitik, berpolitik sahingga dalam kampus,” Roy menjawab.

“Bagalmana berpolitik sampai dalam kampus tu?” Lia bertanya.

“Semacam di luar sana. Luar ada parti dalam ada parti. Di luar boleh cakap dalam pun boleh cakap. Semua sama saja!” Roy jawab.

“Wadah itu nampak baik, ianya hanya dalam minda ideal. Minda yang tiada salah dan tiada dosa. Kamu pernah melihat apa yang ada di belakang politik, pernah kamu kaji kenapa akta tak benar mahasiswa berpolitik?” Lia bertanya.

“Aku tak sampai kesitu. Boleh kamu terangkan?” Roy meminta.

“Untuk kamu memahami itu kamu harus mengerti dulu makna ilmu. Kalau kamu tak tahu maknanya, masih dangkallah tahu  kamu tentang kehidupan universiti ini,” Lia berkata.

Tersentak Roy, “Anna jual burung, Anna tak jual tahik burung,” marah dia dengan kata-kata Lia. “Memang aku tidak membaca hal itu. Aku tidak tahu, atas nama kesucian yang merupakan kain pakai ilmu maka aku minta kamu Lia untuk terangkan padaku, sekarang!” pinta Roy.

“Begini Roy, Ilmu milik Tuhan.  Sifatnya mutlak, suci lagi bersih. Tiada apa pun sesuci ilmu di atas muka bumi ini. Sebab itu Akta Universiti disusun dan digubal bagi menghargai dan menyanjung kesucian ilmu. Setelah di susun lalu diberi pada kita mahasiswa kerana kita gulungan yang dilihat dapat menghargai kesucian ilmu itu,” Lia mula bercerita.

Roy menumpukan perhatian, kuat dia. Roy biasanya begitu bila dalam situasi demikian.

“Pada ilmu, politik bukanlah jodohnya. Ini kerana politik bertabiat memunipulasikan ilmu untuk kepentingan segulungan manusia. Sebab itu ilmu tidak menerima politik sebagai rakan kerjayanya. Jadi Akta sebagai penegak ilmu tidak mahu mahasiswa bersekonkol dengan politik, maka sebab itu akta melarang mahasiswa berpolitik,” panjang penerangan Lia.

“Teruskan Lia, aku sedang mengunyah kata-katamu. Aku yakin aku tidak akan tercekek ilmu,” Roy menjawab positif.

“Kalaulah tuntutan kamu di Jalan Tuanku Abdul Rahman mengenai hal ini berjaya, maka itu berarti malapetaka kepada kita mahasiswa. Secara jangka singkat mungkin tidak terasa tetapi dalam jangka masa panjang kita mahasiswa menjadi tempang kerana asuhan akta yang tidak lagi menjaga kesucian ilmu,” Lia berceramah lagi.

“Aku mula mengerti. Halus jalur fikir kamu. Mahasiswa macam kita ini tidak faham langsung akan sepak terajang politik, kerana hal itu tiada buku untuk dibaca. Mahasiswa ni bila tidak ada buku untuk membaca maka patahlah kaki ilmu padanya,” Roy menjawab.

“Terima kasih kerana kamu mulai faham. Padaku, jika pelajar dibenarkan berpolitik dalam kampus maka itu membawa makna Bismillah yang telah hilang!” Lia menutub bicara.

“Aku yang kehilangan, Dalam diri sendiri, Terkurung dalam bayangan mu.” Ayai Illusi.

“Don’t fight a battle if you don’t gain anything by winning,” Erwin Rommel.

“Orang mengail di tengah lautan, Ikan sebenak nampaknya dekat, Kail di campak ikan tak makan, penat berkayuh ikan tak dapat,” Nasib Pengail-lagu Ghazal.

“Dan kita tidak boleh kekal menjadi sebutir telur yang biasa dan baik. Kita harus ditetaskan atau menjadi rosak,” C.K. Lewis.

“It is all right letting your self go, as long as you can get yourself back,” Nick Jagger.

“Katak yang di dalam perigi tidak boleh dibawa bicara mengenai lautan,” Peribahasa China.

“Ada dua jenis manusia, orang yang tidur dalam cahaya dan orang yang bangun dalam kegelapan,” S.Muhammad Al Ghazali.

“Lidah siapa, yang manis bermadu dulu, mungkir janji, wajah siapa terbayang seribu rupa, meragut kalbu,” Mimpi Yang Pulang-Iklim.

“There is no security in this life, only opportunity,” G. D. MacArthur.

“Winning is not everything-but making the effort to win is,” Vince Lombardi.

Leave a Reply

Top