You are here
Home > Sukan > Korea Utara 4 – Malaysia 1

Korea Utara 4 – Malaysia 1

Baru–baru ini, kalaulah Persatuan Bolasepak Asia membenarkan atau meminta Korea Utara dan Malaysia berlawan sekali lagi di mana-mana pun ataupun di Bangkok juga, apakah pasukan Harimau Malaya akan menang? Penulis tanya soalan ini kepada ramai orang. Semua menjawab pasukan kita akan tetap kalah juga. Biarlah Harimau Malaya pakai kasut emas pun sekali pun, pasti kalah juga. Sampai begitu tahap keyakinan peminat. Hanya penulis seorang saja mengatakan pasukan kita akan menang!

Kata seorang kawan, dengan Korea Utara kita kalah. Kalau dengan Mali pun kita mungkin sangat akan kalah. Dengan Burkina Paso atau Niger ataupun Angola kita akan kalah juga. Itu dengan negara-negara miskin, negara-negara yang rakyatnya tak cukup makan, berbuyutan saja kita kalah bolasepak dengan mereka. Aduhai Nasib Penambang!

Kalau dengan pasukan bolasepak negara yang rakyatnya ada  makanan yang banyak seperti Japun, Korea Selatan, Iran atau Belgium, bila agaknya pasukan bolasepak kita akan menang? Tiada siapa pun mahu menjawab soalan cepu emas ni! Ada kawan yang kata Harimau kukunya tidak boleh panjang, tak mampu mencakar sokmo. Penulis yang sorang ini juga tetap menjawab yang kita akan menang. Tidak lama lagi, tunggulah!  Pasti Malaysia 3-0 Jepun atau Malaysia 4-1 Belgium. Waktu itu tidak ada lagi Pasukan Harimau Malaya!

“Ada ke pernah Malaysia kalahkan Jepun?”

“Ada! Masa Pesta Bola Merdeka dan Seoul dulu”.

“Dengan Korea?”

“Ada, beberapa kali! Suatu masa tu, di Seoul dalam perlawanan Pusingan Kelayakan Olimpik Moscow pun. Syed Ahmad hentam depa tu. Kita menang 1-0.

Tetapi itu dulu. Sekarang tak boleh lagi. Tak boleh sebab bolasepak kita dah sakit, sakit teruk, nazak tau! Pasukan kita jadi Kentucky Fried Chicken, kena ratah di semua tempat macam di Hong Kong  dan di Bukit Jalil juga. Di Bukit Jalil pasukan bola sepak negara yang siang malam berperang, berdentum dentam bom meletup pun boleh lanyak pasukan bolasepak kita. Alahai! Nasib Pengail. Penat berkayuh ikan tak dapat!

Sebab utama kita pasukan kita sentiasa kalah…, kerana apa ya? Kerana kita tak punya falsafah bolasepak.

Penulis kasihan sangat kepada Pengulas perlawanan bolasepak pasukan kita bila ada siaran langsung di tv. Ulasannya lancar,  sebutannya kejap dan mudah difaham, bahasanya lancar. Al maklum telah bertahun-tahun menjadi pengulas sehingga suaranya pun adalah suara bola berdesing. Sayang sikit dia seperti tidak mampu mencipta istilah  dalam dunia permainan bolasepak. Penciptaan ini memudah kefahaman penuntun dan peminat terhadap cara gaya berman permainan bolasepak. Penciptaan ini mesti berlapik pada kekayaan peradaban bangsa Malaysia. Jadi bola sepak kita mesti cepat kaya dengan perbendaharaan kata bola.

Lebih sayang (kasihan) lagi kepada pengulas profesional ini ialah dalam ulasannya sering kali seperti memehon ihsan pasukan lawan supaya tidak menghentam kuat pasukan kita. Sebagai seorang guru bola perkara ini tidak boleh berlaku kerana secara saikologi boleh merosakkan rasa bola cucu Pak Mat di Kuala Tahan. Kedengaran juga nada meminta-minta mujur agar mujur datang membantu pasukan kita. Sedih no, macam tu! Selalu pula meminta-minta keputusan perlawanan  pasukan lain yang membolehkan pasukan kita berjaya dan layak keperingkat seterusnya secara otomatik tanpa memenangi perlawanan sendiri. Aduhai! Apa ni, guru bolasepak (pengulas) yang baik takkanlah macam ni. Itu anti tesis kepada keindahan permainan bolasepak, ertinya!

Seorang lagi pengulas selalunya bekas pemain bolasepak kebangsaan. Suaranya selalu mengah-mengah penat kerana ulasannya bermula dari nada tinggi. Peguasaan bahasanya yang tidak baik dan limited. Ini menyebabkan penyampaiannya tidak jelas. Bagaimana mahu jadi guru bolasepak yang baik kalau penyampaian tidak jelas. Kesihan cucu Pak Mat di Kuala Tahan sana yang punya keinginan setinggi gunung Tahan nak belajar bolasepak!

Penulis pernah bermain bolasepak, hanya sampai tingkatan tiga sahaja,  selepas itu jadi penuntun saja di Stadium Merdeka dan Stadium Shah Alam sehinggalah pencen. Penulis  pernah tengok Shafiq Rahim main, Ismail Faruki, Karim Pin, Tukiman Buhari, Lui Loon Teik, Shaharuddin Abdullah, Wan Zawawi, Rosli Husin, Rosmaini Mohd. Shah, Desmond David, Ahmad Yusuf, Santokh Singh, James Wong, James Yakob, Mokhtar Dahari, Thanabalan, Sulaiman Rejab dan ramai lagi. Penulis tidak cuba memberikan justifikasi yang membolehkan penulis bercakap hal bolasepak negara. Apapun bolasepak adalah permainan rakyat, milik rakyat termasuk milik Pak Mat dan cucunya. Jadi atas dasar itu sesiapa pun rakyat Malaysia boleh bercakap!

Hari ini bolasepak kita nazak.

Berikut adalah pandangan penulis untuk membawa bolasepak kita memenangi Piala Dunia.

1. Falsafah Bolasepak Kita

Apa yang utama atau siapa paling penting dalam bola sepak kita?

Yang paling penting dalam bolasepak kita ialah peminat. Tiada siapa atau apapun dalam bolasepak kita yang lebih penting daripada peminat. Tiada peminat tiada semuanya! Jadi peminat mesti diletakkan diatas segalanya dan sentiasa diutamakan.

Falsafah bolasepak kita ini bukan sekadar terawang-awang di udara, falsafah ini mesti dikait dan dibawa turun kebumi nyata dan direalisasikan.

2. Pemain dan Jatidiri

Pemain mesti mampu dan ditunjuk untuk mencari dan mendapatkan jatidirinya menerusi permainan bolasepak.

3. Barisan Kepimpinan yang Merdeka

membawa maksud berjiwa besar berhati mulia! Barisan Kepimpinan di semua peringkat mesti berjiwa besar dan berhati mulia, termasuklah mereka yang dibayar kerana perkhidmatannya. Sesiapa pun boleh memengang apaapa pun jawatan asal dia seorang yang merdeka.

4. Nasionalisma Sempit

Tiada faham nasionalisma sempit dalam pentadbiran dan pengurusan bolasepak negara. Yang ada ialah Nasionalisma Malaysia yang tidak tergoda dengan nostalgia lalu

5. Etika

harus ada (digubal) bagi memandu kumpulan manapun kedestinasi yang benar.

Mari kita fikir apa kesannya:

  1. Jika Presiden FAM atau Persatuan Negeri bukan dari keluarga Di Raja atau orang politik.
  2. Bagaimana jika Presiden FAM dilantik dari kalangan individu bukan Melayu.
  3. Jika Presiden FAM atau Persatuan Negeri setiap kali menyaksikan pertandingan bolasepak membayar wang sendiri untuk mendapatkan tiket sepertimana peminat dan penontun lakukan.
  4. Bagaimana kalau FAM ada skuad pencegah rasuah dan membenarkan pertaruhan perlawanan.
  5. Mencari kaedah menghargai piminat.

Leave a Reply

Top