You are here
Home > Featured > Kita Kat Masjid

Kita Kat Masjid

Foto kredit: mariafirdaus.com.my

Ada yang selalu berjemaah di masjid setiap waktu solat. Ada yang jarang-jarang di mesjid, tapi dia solat dengan keluarga di rumah. Ramai juga yang solat waktu seorang diri. Tapi jarang orang yang bersolat di tepi sungai atau di tepi belukar atau di tepi jalan raya apabila saja masuk waktu. Solat sebegini kalau ramai yang buat kan seronok kita tengok. Kita akan lebih kuat!

Bila saja Solat Jumaat, berduyun-duyun kita semua ke masjid. Ada yang pakai cantik-cantik, cantik sungguh macam sang pria mau ke rumah Tok Kadhi saja. Atau macam hari raya, memangpun jumaat hari raya. Pakaian begitu sangat bagus ditambah pula dengan air mawar wangi-wangian. Aduhai  seminggu sekali raya!

Ada pula yang simple saja, baju melayu dengan kain pelikat. Kira ok le tu! Ada yang pakai seluar dan T-shirt. T-shirt macam-macam tertulis. Ada yang tulis nama kompeni tempat si pemakai bekerja. Ada tulisan di T-shirt yang ada bau politik. Itu pun kira ok, kalau niat si pemakainya hanya mahu berjumaat bukan untuk berpsikologi menagih undi. Kira ok tu! Alahai pakai tulis saja.

Yang sekarang banyak aku tengok ialah anak-anak muda yang memakai T-Shirt bertulis nama kelab-kelab bolasepak di Eropah sana. Mungkin mereka pemuja kelab-kelab tersebut dan ingin memberitahu orang lain yang mereka memuja kelab-kelab itu. Begitu juga dengan nama-nama pemain bolasepak yang ternama dan kaya raya tu, nama mereka dan nombor jersinya turut menjadi hiasan T-Shirt dan dipakai berjumaat di masjid oleh anak-anak kita. Mak Datok!

Ada seorang kawan aku, berang dia bila aku bercerita satu hal  pada dia. Dia tanya aku kalau T-Shirt bertulis nama Ghani Minhat atau Mokhtar Dahari adakah anak-anak muda kita akan membeli dan memakainya ke masjid pada hari Jumaat.

“Cubalah hang buat, lepas tu kita bagi free kat anak-anak muda di taman kita,” kataku.

“Aku boleh buat, aku tanggung cadangan hang tu, bagus! Tapi aku buat juga nama pemain bolasepak kita terkini,” jawab kawan aku tu.

Kawan ku tu telah cetak T-Shirt sebanyak 500 helai. Kompani tempat dia berkerja yang menanggung kos. Nama kompani tu terpampang kat baju t tu. Tapi tak lah besar nama syarikat sponsor tu, empat kali lebih kecil dari nama pemain bolasepak Malaysia yang baru dan lama. Itu strategi iklan!

Kami edar T-Shirt berkolar tu kat taman perumahan kami, sebab senang nak tengok anak-anak muda kami tu pakai tak ke masjid semasa Jumaat.

Seminggu lepas tu, kami nampak anak-anak muda kami mula memakai baju yang kami edar itu. Sebulan selepas tu mula kelihatan beberapa orang anak muda kami memakai T-Shirt tu ketika berJumaat..!

Si Burung Punai mencari makna dari cerita di atas..!

Kata-Kata Bestari:

Sastera lebih hidup dari kehidupan, gagasan lebih tahan dari kenyataan.” Muhammad Hj. Salleh.

“If you’re ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag.” Mokhtar Dahari.

“If we dare to win, we should also dare to lose.” Lee Chong Wei.

“A great future dosen’t require a great past.” Umar Al Khatab.

“My priority is to ensure peace and harmony in Malaysia. That is upper most in my mind,” Najib Tun Razak.

“Maruah sesuatu bangsa adalah kemerdekaannya. Kekuatan sesuatu bangsa adalah rakyatnya. Suara bicara sesuaatu bangsa adalah pemimpinnya. Keperibadian sesuatu bangsa adalah kebudayaannya.” Usman Awang.

 

 

Leave a Reply

Top