
Kali ni kita ke mesjid lagi, nengok orang kita solat. Kalau nak tengok orang kita solat secara mudahnya pada hari Jumaat. Sebab ketika itu orang berjumaat, jadi ramai orang. Baru boleh tengok berbagai ragam para jemaah. Kalau gitu kena datang awal sikit kemesjid nanti bila dah azan susah sikit nak menengok sebab nak tumpukan solat.
Bila kita perhatikan para jemaah yang masuk kemesjid terdapat bebagai ragam. Ada yang sibuk nakkan barisan hadapan kerana di situlah kita disuruh bersolat, di belakang imam. Jangan bersolat di saf belakang-belakang kerana bersolat di saf-saf itu kata atuk saya bersolat bersama makhluk Jin. Ada makhluk Jin yang bersolat hanya pakai kain pelikat saja, Itu kata atuk saya.
Ada pula jemaah yang sibuk mencari kerusi untuk bersolat dengan duduk di kerusi. Mereka ini terdiri dari orang-orang tua dan juga orang yang gemuk melampau. Ada mesjid yang punya tak banyak kerusi. Alahai kesian kat mereka tu. Tak dapat konsentrit solat.
Ada orang masuk mesjid terus duduk saja. Ada yang masuk terus saja buat solat sunat mesjid dua rekaat. Ternyatalah kedua-dua perbuatan itu ialah sunat saja. Cuma kalau yang sunat itu dibuat tentulah boleh pahala. Begitu kata atuk saya.
Ada ramai jemaah yang bawa I pad, Sesetengah tu bawa sampai dua. Ada yang membaca Al-Quran menerusi I padnya semasa menunggu azan, tapi ada juga yang melakukan perkara lain.
Ada satu hal yang seronok kita lihat sebahagian kecil dari para jemaah yang masuk ke mesjid menunggu azan Jumaat. Jemaah ini membawa sejadah kecil yang akan digunakan sebagai tempat ia sujud nanti. Penulis tidak tahu apa maksud menggunakan sejadah kecil sedang sejadah besar dan tebal telah sedia ada.
Jika benar sejadah kecil digunakan untuk mengelakkan kotoran yang ada di atas sejadah besar dek selalu dipijak orang (ketika berjalan di dalam mesjid) tapi ketika dia sendiri berjalan, kakinya yang memijak sejadah besar tidak pun mengelak tempat bersujud(ketika bersolat).
Jika benar begitu, maka ini membawa maksud, si pembawa sejadah kecil itu telah bertindak “Yang baik untuk diri dan yang buruk untuk orang lain.” Ini berlaku ketika kita mahu bersolat.
“Ada dua jenis manusia, orang yang tidur dalam cahaya dan orang yang bangun dalam kegelapan,” Al-Ghazali.