
Seorang pendaki, Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, petang Ahad lalu telah dijumpai kira-kira jam 11.15 pagi tadi.
Beliau telah ditemui oleh kumpulan SAR yang turut dibantu daripada persatuan Pencari Dan Penyelamat Gunung Malaysia (Mosars) dan pendaki gunung lain di puncak Broga.
Menurut seorang pendaki yang menyertai misi menyelamat, mangsa dijumpai di atas track antara Broga dan Gunung Tok Wan tidak jauh daripada tempatnya hilang.
Semasa beliau dijumpai , para pendaki telah melaungkan azan dan takbir,