You are here
Home > Sastera

Juara Adalah Kesan

Satu pagi yang riang, semua riang gembira kerana hari debat telah pun bermula. Pendebat-pendebat dari universiti lain telah tiba tiga hari lebih awal, tiba untuk melakukan persediaan sekemas mungkin bagi menuntut bela kekalahan lalu. Para pendebat lain tidak sebulu dengan pendebat juara dan naib juara tahun lalu kerana pendebat-pendebat itu sangat

Dia Pergi Tanpa Menjamah Sebiji Pun!

Tidak lama sangat si pengembara mengambil masa untuk membuat keputusan, keputusan untuk membeli. Memilih yang mana satu dari dua, ya’ni ya atau tidak; sangatlah mudah baginya kerana ‘bicara  untung rugi terhadap diri sendiri’ telah terselesai lama dahulu! Dari raut wajah si penjual pula ternyata barang niaganya bukan bahan untuk propaganda diri

Kisah Mubaligh Dan Tuan Puteri

Al-kisah ada seorang puteri raja yang keelokan wajahnya bagaikan rembulan dan sememangnya dikagumi oleh semua orang. Pada suatu hari seorang mubaligh yang sedang memasukkan makanan ke mulutnya tiba-tiba makanan itu jatuh ke tanah dek terpesona dengan keelokan wajah Sang Puteri Raja yang baru saja dilihatnya. Ketika mubaligh itu berlalu pergi, Sang

Kisah Ahli Sufi Dan Lelaki Atas Sampan

Ada seorang ahli sufi yang sememangnya terkenal dengan doanya yang mustajab sehingga tiada satu pun doanya yang tidak dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ahli sufi tersebut keluar dari rumahnya dengan berjalan kaki hinggalah beliau sampai di depan sebatang sungai dan beliau mahu menyeberanginya. Sekiranya beliau mahu, beliau boleh saja

Kisah Sebiji Tembikai

Pada suatu hari seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq al-Balkhir ada membeli sebiji tembikai. Kemudian beliau pun membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Bertanyalah Syaqiq kepada isterinya, “Kepada siapa kau

Tulang Ikan vs Berus Gigi

Maka berkatalah sejarah, si setia pencatat peradaban manusia. Cuma kalau bertanya kepadanya, apakah benar kamu ini si setia pencatat peradaban manusia. Maka si sejarah  menjawab, “Aku ini layang-layang yang mampu melayang tinggi. Gagah melawan angin, tapi tali yang kendali ku berada di tangan manusia.” Suatu masa dahulu, di Kota London tersebutlah

Biarkan Hasil Yang Berkata-kata

Di sebuah perkampungan terdapat sekumpulan petani yang pekerjaan utama mereka ialah bersawah. Pekerjaan lain  adalah berkebun, berternak dan lain-lain. Kehidupan mereka kelihatan tidak sangat harmoni, sifat bantu membantu satu sama lain nampaknya longgar. Apapun pekerjaan mereka, bersawahlah pekerjaan utama yang melibatkan penduduk kampung berkenaan. Al-maklum kerana beras adalah makanan utama, maka

XPDC Lebir – 8 – Bermalam Di Hulu Lebir

Sebaik saja mendapat keputusan dari aku, anak-anak buahku semuanya kelihatan sibuk melakukan berbagai bagai kerja. Pertamanya mereka memilih dan membersihkan kawasan berkhemah untuk malam itu. Selepas itu mengangkat alatan berkaitan dari kedua buah kenderaan dan kemudian memasang fly dan ground sheets saja. Ini bermakna kami semua akan tidur hanya di

JAJA Pendekar Melaka – Bab 18

Pagi berikutnya Jaja dan rakan-rakannya meneruskan perjalanan menuju Melaka. Menurut beberapa penduduk yang ditanya, mereka boleh sampai di Melaka dalam masa empat atau lima hari perjalanan. Semasa perjalanan itu Jaja terfikir-fikir mengenai apa yang didengarnya malam tadi. Terkedu Jaja mendengar betapa liciknya siasat perang Patih Majapahit, seolah-olah jika terjadi siasat itu

Roy .. Akta Mencipta Mahasiswa Gasar

Roy buat lagi! Berdemonstrasi lagi. Kali ini di UKM, di dalam kampus. Kehadiran Roy atas jemputan Jawatan Kuasa Demo Mahasiswa universiti berkenaan. Bukan saja mahasiswa universiti Roy dijemput, mahasiswa semua universiti di Lembah Kelang telah dijemput sama. Kalau semua mahasiswa universiti itu hadir, mahu tenggelam kampus UKM tu. Demo kali ini

Top