You are here
Home > Featured > Mourinho mengamuk lagi – Swansea City 0-4 Manchester United

Mourinho mengamuk lagi – Swansea City 0-4 Manchester United

Henrikh Mkhitaryan. Photo: 101greatgoals.com

 

Para peminat MU, jurulatih dan pengurus kita Jose Mourinho mengamuk lagi semalam, sabtu 19.8.2017. Kali ini di stadium Liberty menewaskan Swansea City dengan jumlah jaringan 4-0. Banyaknya sama semasa menewaskan West Mam minggu lalu ketika bermain di The Theater of Dream (Panggung Impian) Old Traffort, Manchester.

Gol-gol dijaring oleh empat orang pemain kita  iaitu Eric Bailly minit yang ke-45 di separuh masa yang pertama. Lukaku pada minit ke-80, Paul Pogba minit ke-83. Dan yang akhir oleh Anthony Martial minit 84.

Gol pertama berpunca dari tendangan sudut, Pogba telah menanduk tendangan sudut itu dengan cantik sekali. Gaya dia melompat, membengkokkan badan kebelakang untuk mengambil tenaga dan kemudian menghantuk dan menanduk bola ke pintu gol. Bola menerjah kuat tapi dapat ditolak oleh panjaga gol dan bola melambung mengenai palang gol dan melantun ke bawah, bola tersebut masih di atas garisan gol. Ketika bola itu melantun ke atas balik Eric Bailly dengan tapak (kasutnya) menyambar peluang menerjah bola masuk ke pintu gol Swansea.

Gol kita yang kedua dijaringkan oleh Lukaku. Gol ini berpunca dari Martial yang mengelecek dua pemain lawan kemudian menolak pelahan bola kepada Mkhitaryn. Pemain Armenia inilah yang melorongkan bola memecah kubu lawan sehingga Lukaku berseorangan sahaja menghadapi penjaga gol. Akhirnya Lukaku berjaya memperdayakan penjaga gol Swansea.

Sementara gol ketiga juga melibatkan pemain Henrikh Mkhitaryn bersama Pogba dari tengah padang. Menyerang daripada sebelah kiri pintu gol lawan secara satu dua satu. Akhirnya Mkhitaryn telah dapat mencipta peluang untuk Pogba berhadapan dengan penjaga gol. Pogba menolak mengangkat  bola dengan cantik melintasi atas kepala penjaga gol Swansea. Dengan bola lambungan yang cantik itu, “gol yang manis” (kata pengulas), tercatitlah gol kedua bagi Pogba musim ini.

Gol keempat pada minit ke-84 juga bermula dari tengah padang. Pemain kita Pogba telah membawa bola menuju sebelah kanan tiang gol lawan lalu melorongkannya kepada Martial. Martial membawa bola ketengah melepasi seorang pemain lawan kemudian di antara dua orang pemain lawan yang cuba mengawalnya dia telah membuat tendangan ke pintu gol. Itulah gol keduanya bagi pasukan kita musim ini.

Setelah dua perlawanan musim ini pasukan kita telah menang dua kali, memungut 6 mata dengan jumlah jaringan sebanyak 8 gol. Satu permainan dan keputusan yang mengkagumkan. Gol-gol telah dijaringkan oleh Lukaku, 3 gol. Martial 2 gol, Pogba 2 gol dan Bailly I gol. Beginilah yang dikehendaki oleh pengurus kita. Semua pemain di atas padang boleh dan telah pernah menjaringkan gol walaupun tempat mainnya di barisan pertahanan. Syabas pada pemain yang telah menjaringkan gol. Game yang berikutnya nanti kita tunggu Rashford, Mkhitaryan, Matic dan Mata pula.

Kemenangan 4-0 berturut dalam dua perlawanan awal musim, seperti yang dilakukan oleh Morinho ini adalah satu sejarah bagi MU. Kali terakhir peristiwa seperti ini juga yang dicipta MU ialah pada 102 tahun dahulu. Bravo Tuan Pengurus!

MAN OF THE MATCH

Man of the match ialah Henrikh Mkhitaryn. Terlibat dalam dua umpanan untuk rakan menjaringkan gol.

Berikut ialah rating pemain kita:

David De Gea 6, Antonio Velencia 6, Eric Bailly 8, Phil Jones 7, Daley Blind 6, Namanja Matic 6, Paul Pogba 8, Juan Mata 7, Marcus Rashford 7, Remelu Lukaku 7, Anthony Martial 8, Murouane Fellaini 7.

APA KATA JOSE MOURINHO

Pengurus kita sangat gembira dengan persembahan anak-anak buahnya. Dia tidak menyangka jumlah jaringan sedemikian malah sebelum perlawanan Pengurus kita menelah yang keputusan akan seri.

Ketika ditanya wartawan, beliau menjelaskan pemain sangat gembira untuk bermain, moral mereka tinggi, keyakinan pada tahap cukup baik. Semuanya ini mereka perolehi semasa perlawanan persediaan  di US baru-baru ini.

Suatu hal dengan Mourinho ini, komennya yang paling menarik ialah beliau mahu melihat pasukannya ketinggalan terlebih dahulu. Beliau mahu melihat bagaimana pemainnya bangkit menyamakan kedudukan dan seterusnya memenangi perlawanan itu. Tentu beliau mahu pelajari satu dua point dari situ untuk menambah baik pasukan.

Jumpa lagi wahai penyokong MU!

 

Leave a Reply

Top