Pagi berikutnya Jaja dan rakan-rakannya meneruskan perjalanan menuju Melaka. Menurut beberapa penduduk yang ditanya, mereka boleh sampai di Melaka dalam masa empat atau lima hari perjalanan. Semasa perjalanan itu Jaja terfikir-fikir mengenai apa yang didengarnya malam tadi. Terkedu Jaja mendengar betapa liciknya siasat perang Patih Majapahit, seolah-olah jika terjadi siasat itu
Tag: Jaja
JAJA Pendekar Melaka – Bab 17
Tiba tiba saja satu susuk tubuh melayang dari ruang makan warung terus kehalaman mendarat di tempat perkelahian itu.. “Tuan pendekar, aku mehon maaf dari kamu kerana keceluparan mulut anak-anak buahku ini. Mereka bukan orang orang yang berhemah, maafkan mereka,” kata pendekar yang mengaku menjadi kepala kepada tiga pendekar mabuk dengan menundukkan
JAJA Pendekar Melaka – Bab 16
Malam itu suasana di warung makan di pekan kecil Alor Muar sibuk sedikit dari malam-malam yang lalu. Para tamu berebut-rebut memesan makanan bagi menjamu selera masing-masing. Para pelayan warung juga turut sibuk melayan memenuhi permintaan pelanggan. Pemilik warung pula dengan senyum-senyum dan ramah mulutnya melayan cakap dengan tamu. Sambil bersembang
JAJA Pendekar Melaka – Bab 15
Pendekar itu menyerang Jaja menggunakan tongkatnya. Dipusing pusing tongkatnya itu kali-kali sehingga kelihatan tongkatnya berpusing laju dengan berpaksi tangannya. Kemudian dalam keadaan tongkatnya yang berpusing laju dia mengirim serangan tepat kedada Jaja. Jaja mengelak serangan dengan merubah kedudukan kaki kanannya sambil menggunakan rotan yang diberi rakan sebagai penepis dan penahan.
JAJA Pendekar Melaka – Bab 14
Setelah makan tengahari dan berbincang mengenai agama baru, mereka pun bertolak turun dari dataran. Harapan mereka dapat mendalami agama baru itu lagi bila di Melaka nanti. Menurut Jaja, gurunya pernah menyebut bahawa adiknya di Melaka telah membina sabuah balai yang khusus untuk mendalami agama baru ini. Di situlah berhimpun penganut
JAJA Pendekar Melaka – Bab 13
Mereka tiba di sebuah dataran ketika mentari telah condong. Mereka berhenti melepaskan penat berjalan, masing-masing mencari tempat duduk untuk berehat. Tiar memilih tempat di sebatang banir besar sebuah pehon, di situlah dia menerus kerja dengan bola rotannya yang belum selesai. Begitu juga Lati dan Buyong telah mendapatkan tempat berehat masing-masing.
JAJA Pendekar Melaka – Bab 12
Pagi itu dua orang anak saudagar Terandak mengikut sama. Mereka mahu berkelana bersama Jaja dan Buyong ke Melaka. Jaja yang mulanya seorang diri kini ditemani oleh tiga anak muda yang sebaya dengannya. Dan seorang dari rakan barunya itu ialah perempuan. Jaja gembira kerana inilah kali pertama dalam hidupnya dia mempunyai rakan
JAJA Pendekar Melaka – Bab 11
“Saya ingin berada di pusat tamadun dan peradaban Melayu yang akan menjadi payung kepada seluruh Nusantara ini. Saya mahu jadi tukang ikat dan tukang jahit kepada sebahagian dari payung itu,” “Nak Jaja, setelah mendengar hal kamu dan tujuan perjalanan kamu, ada sesuatu yang patut kamu tahu..,” bersuara lagi pemilik warung makan
JAJA Pendekar Melaka – Bab 10
Ketahuilah kamu, raja syaitan pun tidak boleh merompak niat tulusku, Selesai saja Jaja memberi syarat kepada ketua porompak, Jaja pun berpaling berjalan menuju ke warong makan. Saat membelakangkan lawan telah dipergunakan oleh ketua perompak itu. Cemeti yang di tanah digenggamnya kembali lalu diserangnya Jaja dari arah belakang. Jaja walau pun membelakangkan lawannya
JAJA Pendekar Melaka – Bab 9
Tidak lama Jaja menunggu dan akhirnya kedengaranlah.. “Siapa yang telah membunuh orang kananku, tubuhnya hangus terbakar dan mati di tengah jalan. Siapa hah?” garau saja suara kepala perompak itu bersama dengan amarahnya. Tubuh orang kanannya yang telah di pukul Jaja dengan tenaga dalamnya telah terbakar mati. “Ketua Atasan, aku minta maaf kerana