Jaja terus saja di keronyok oleh empat perompak yang lain, masing-masing menggunakan senjata untuk menyerang Jaja. Mereka serentak menyerang ke arah dada Jaja. Jaja bergerak ke sisi kanan dan dengan kaki kanannya, Jaja segera menendang menghentam keempat-empat tangan perompak yang memegang senjata masing-masing. Tangan-tangan perompak itu tidak mampu lagi memegang
Tag: Jaja
JAJA Pendekar Melaka – Bab 7
Dari arah dapur meluru keluar seorang anak muda yang siap untuk bertarung dengan perompak yang telah menendang perut pemilik warung. Tapi hajatnya hanya di tengah jalan kerana rakan si perompak tadi telah mengirim satu tendangan yang tepat ke dada anak muda itu. Mengelupur dan meraong kesakitanlah si anak muda itu.
JAJA Pendekar Melaka – Bab 6
Mereka pun tiba di sebuah perkampungan terpencil kemudian berhenti di sebuah warung makan. Mereka cuba mendapatkan maklumat mengenai anak-anak Terandak dari pelanggan warung berkenaan. Jaja dan orang tua Terandak memilih tempat duduk di tengah-tengah warung bagi memudahkan mereka bertegur sapa dengan pelanggan lain dalam mencari maklumat. “Tuan tuan mahu makan apa?”
JAJA Pendekar Melaka – Bab 5
Jaja meneruskan perjalanannya menuruni banjaran. Bila terasa penat dia berehat. Bila terasa jemu berjalan, dia meringankan tubuhnya melompat dari satu dahan ke satu dahan pokok yang lain, begitulah dia. Pabila malam dia membuat pondok kecil di dahan-dahan pokok yang besar untuk dia tidur. Kekadang tidurnya hanya di tanah saja. Ketika
JAJA Pendekar Melaka – Bab 4
Tatkala mentari mencapai dhuha, Jaja melangkah meninggalkan pondok tempat dia bermain dan hidup bersama gurunya. Beberapa langkah berlalu dia menoleh kebelakang memerhati pondok yang telah mengukir sejarah dirinya. Dia menadah kedua tangannya lalu berdoa.. “Demi kemuliaan Hari Jumaat; Ya Allah yang nyawaku di tanganMu, peliharalah diriku semasa perjalanan ke Melaka sehingga
JAJA Pendekar Melaka – Bab 3
“Mengapa Guru, yang perpisahan mesti terjadi pada waktu ini,” Jaja bertanya mahukan jawapan. Jaja merenung mata gurunya menanti jawapan. Jaja tidak melihat adanya tanda mahu menjawab dari gurunya. Malah gerak mata gurunya menunjukkan gurunya mahu bermain main lagi.. Jangkaan Jaja tepat. Gurunya mahu bermain lagi walau malam sudah condong. Guru dan murid
JAJA Pendekar Melaka – Bab 2
Jaja dengan cepat mengelak, memusing dan menyisikan bahu kanannya kearah guru sambil menghantar satu serangan dari lima jari tangan kanan yang disatukan ke arah lengan gurunya, dari arah bawah. Gurunya segera menarik kembali serangan, namun tangan kanannya tadi segera dilipat dan dikirim pula serangan sikunya yang menghala kemuka Jaja. Jaja
JAJA Pendekar Melaka – Bab 1
“Jaja, dua puluh dua tahun sudah kita di sini, di Banjaran Titiwangsa ini! Besok hari Jumaat, hari yang baik untuk kita berpisah,” kata guru memberitahu muridnya setelah selesai bertahjjud. “Guru.., Guru jangan bergurau dengan kata-kata itu. Guru pasti cepat dimamah tua jika bergurau dengan kata berpisah itu,” Jaja bersuara membalas kata







