You are here
Home > Sastera > JAJA Pendekar Melaka – Bab 3

JAJA Pendekar Melaka – Bab 3

“Mengapa Guru, yang perpisahan mesti terjadi pada waktu ini,” Jaja bertanya mahukan jawapan.

Jaja merenung mata gurunya menanti jawapan. Jaja tidak  melihat adanya tanda mahu menjawab dari gurunya. Malah gerak mata gurunya menunjukkan gurunya mahu bermain main lagi..

Jangkaan Jaja tepat. Gurunya mahu bermain lagi walau malam sudah condong. Guru dan murid terus bermain, sang guru memerhati dengan teliti setiap gerak dan langkah muridnya. Mata hati dan kasarnya mahu melihat bagi kali terakhir. Pukulan dan jurus muridnya dilihat sangat, diperhati, diamati dan diteliti sungguh.

Dari silat jarak dekat berubah pada jarak sederhana hinggalah silat jarak jauh yang memerlukan tenaga dalam. Berdentam dentum pukulan keduanya memenuhi ruang rimba Banjaran Titiwangsa itu. Cahaya biru lembut yang membalut cahaya putih jernih dari pukuan guru dan murid silih berganti menghentam dan menerangi rimba banjaran. Mereka terus bermain sehingga menjelang subuh.

Setelah Guru merasa puas dia memberhentikan main-main mereka sekejap.

“Jaja, ada dua sebab yang perpisahan kita perlu berlaku.

Pertamanya, dalam dua purnama yang lalu aku melihat beberapa langkah dan jurus silatmu, kamu perolehi sendiri dari tafakur dan zikir kamu. Silat jenis ini adalah dari ilmu Kanu Laduni. Kaedah dari ilmu ini akan kekal bersama kamu sampai bila-bila, selagi kamu taat pada perintah Allah,” kata guru lalu meneruskan kembali main pendekar mereka. Kata sang guru lagi..

“Dasar ilmu Kanu Laduni ini ialah kamu harus mengutamakan akhirat dari dunia. Hal dunia hanya akan ditarik kepadamu oleh hal akhirat yang kamu utamakan itu. Ingat pesanku ini, teruslah mendahulukan akhirat dalam hidupmu, dan dunia akan datang menyerah dirinya,” Guru mengulangi kembali asas pengajian ilmunya.

Bergema kata-kata guru di pendengaran Jaja. Guru menghentikan permainan lalu mengajak Jaja kembali ke pondok. Guru menyambung..

“Percayalah cucuku, dunia ini tiada nilai jika tidak dimunafaat untuk akhirat! Kenikmatan dunia ini sebenarnya adalah ujian, kemewahannya adalah kesengsaraan. Sesungguhnya dunia ini tidak setia…!” Guru mengulangi lagi pelajarannya, demikian sayangnya pada Jaja.

Guru diam seketika. Matanya merenung malam di luar pondok. Matanya berganang, mengenangkan perpisahan yang akan berlaku.

“Ilmu dari Kanu Laduni yang baru kamu perolehi itu adalah ilmu induk bagi Silat Seribu Rupa. Ilmu induk itu akan menyempurnakan Silat Seribu Rupa ini. Bergitulah keduanya berkait,”

Guru diam seketika. Pandangannya ditujukan kedada Jaja, ke jantung anak muridnya. Setelah puas Guru melihat dan menyaksikan hiasan indah di relong jantung muridnya itu, Guru meneruskan kata..

“Sebab perpisahan yang kedua ialah beberapa malam yang lalu aku mendapat maklum yang tanggungjawab adikku Tun Perak sedang menghadapi getir. Tapak kenegaraan yang telah dibina beliau iaitu Kanun Melaka telah mula dicabar. Terdapat tanda-tanda yang beberapa daerah yang dahulunya menjadi sahabat Melaka sudah tidak mahu memandang pada Melaka lagi. Adikku itu tentu memerlukan kamu pada saat ini. Jaja! Begitulah sebab perpisahan kita selain dari hal masa depan kamu,” kata Guru memberitahu Jaja.

“Saya mengerti Guru, terima kasih kerana telah mengangkat saya menjadi murid dan terima kasih kerana telah memelihara saya dari sejak kecil, dari sejak saya ketiadaan dan kehilangan ayah dan ibu,” Jaja mencium tangan gurunnya dengan airmatanya mengalir sedih.

“Jangan kamu tangisi kehilangan itu, hal serupa juga berlaku pada orang lain. Kehilangan yang benar-benar menyakitkan ialah apabila kita telah kehilangan masa. Carilah faham akan kata-kataku itu terutama berkaitan dengan impian bangsa kita!” Guru menenung mata anak muridnya, setelah mendapat tanda-tanda balas dari muridnya itu, Guru menyambung lagi..

“Yang akan ku beri pada kamu besok pagi ialah sebilah  keris yang aku buat kerana kamu. Aku namakan keris itu Keris Putih kerana besinya berwarna putihkuning yang nipis. Empat jenis besi yang aku gunakan untuk membentuk matanya adalah jenis besi yang sama yang ada pada tubuh badan kamu. Terimalah nanti kerana ianya milik kamu dan bila ada keperluan yang sangat-sangat, baru kamu gunakan  keris itu,” kata guru.

 

.. Bab 4

Leave a Reply

Top