You are here
Home > Santai > Bangla dan saya*

Bangla dan saya*

 

Ahh! klise betul tajuk. Hmm takpalah, rasa malas nak tukar. Siapa yang sedang buka matanya di depan skrin sekarang boleh saja anggap cerita di bawah ini cuma fiksyen, dan awak boleh juga anggap ia bukan fiksyen. Saya tak ada isu dengan anggapan, kecuali saya buat sumpah di depan tok hakim, yang mestilah saya nak dia percaya cerita saya sebab saya sedang membuktikan kebenaran. Saya tak perlu tulis kata ‘kebenaran’ dalam huruf besar – kerana ia sebuah kata yang difaham, jadi tak ada apa beza huruf besar atau kecik. Itu tidak pula bermaksud saya anti huruf besar. Hmm.

Pada saya, limpahan pekerja asing termasuk juga dari Bangladesh yang tidak terurus di Malaysia ini adalah satu isu. Satu masalah. Saya belum jumpa alasan padu untuk menidakkan ia satu masalah. Malah jika ada pelajar sains sosial yang masih teraba-raba mencari apa kajian akademik untuk tesisnya, mungkin fenomena berkaitan pekerja asing, dari Bangladesh misalnya, boleh dipertimbangkan.

Mat bangla atau warga Bangladesh bukanlah pokok kayu. Mereka manusia. Mereka sebahagian dari kelompok manusia yang hidup miskin atas muka bumi ini. Kepadatan penduduk di sana tinggi, peluang pekerjaan pula amat terhad. Jadi kelompok mereka merata di negara maju dan membangun – yang mereka anggap membuka peluang untuk mengubah hidup mereka. Mereka produktif, malah boleh dianggap berjaya di negara asing tempat mereka bekerja.

Ada satu ciri yang unik tentang mereka: mereka senang bergaul (masuk) dengan masyarakat tempatan setempat. Jika dibanding dengan warga lndonesia, Vietnam, Myanmar, Pakistan, Nepal dll misalnya, mereka mendahului rakan-rakan pekerja asing lain dari negara tadi dalam kemesraan bergaul dengan penduduk setempat. Nak kata aneh pun, aneh juga. Sebab tidak seperti indonesia, bahasa mereka adalah asing dengan bahasa sini. Namun keupayaan mereka bergaul dan menguasai bahasa, kadarnya agak cepat.

Dulu, lebih kurang 15 tahun dulu, persepsi saya pada mat Bangla ialah mereka ini kelompok manja. Waktu itu saya buat perbandingan mudah dengan pekerja Indonesia yang lasak di tapak pembinaan. Dari sudut pengenalan fizikal pula, saya melabel mereka dengan label ‘suka berjalan cepat, seolah-olah macam satu wayang nak dipamer pada bos yang mereka ialah kumpulan pantas buat kerja. Jadi persepsi saya waktu itu lebih pada kurang membina berbanding membina. Oh ya, mereka juga suka dan pandai bagi alasan jika ada sesuatu tak kena. Kata sifat manja yang saya letak di dahi mereka 15 tahun dulu, saya fikir, tidaklah keterlaluan.

Namun, persepsi totok tadi sebahagiannya sudah banyak terhakis. Bila saya berjumpa dengan golongan mereka yang serius dengan kerjaya dan hidup dengan azam tinggi. Walaupun mereka bercakap tidaklah sampai menekan-nekan perkataan dan bunyi berdengung macam orang Indonesia, namun itu bukan petunjuk mereka tidak serius.

Ohh oh, rasa macam tak berseni pula cerita yang ditulis ni, nadanya macam kering, jadi saya berhenti dulu kat sini.

Leave a Reply

Top