
Pada suatu hari seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq al-Balkhir ada membeli sebiji tembikai. Kemudian beliau pun membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Bertanyalah Syaqiq kepada isterinya, “Kepada siapa kau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu,”
Terdiam isterinya apabila mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq meneruskan lagi kata-katanya, “Si penjual sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik, si pembeli juga mahu membeli barang yang terbaik, bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik. Ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini, maka bertakwalah engkau keada Allah dan redalah dengan segala ketentuanNya.”
Oleh itu menangislah isteri Syaqiq, lalu diapun bertaubat dan redalah dia dengan apa yang sudah ditentukan Allah.
Dari Buku: Hebatnya Ahli Sufi
Pengarang:Syed Mahadzir Syed Ibrahim