You are here
Home > Posts tagged "Roy"

Roy .. Akta Mencipta Mahasiswa Gasar

Roy buat lagi! Berdemonstrasi lagi. Kali ini di UKM, di dalam kampus. Kehadiran Roy atas jemputan Jawatan Kuasa Demo Mahasiswa universiti berkenaan. Bukan saja mahasiswa universiti Roy dijemput, mahasiswa semua universiti di Lembah Kelang telah dijemput sama. Kalau semua mahasiswa universiti itu hadir, mahu tenggelam kampus UKM tu. Demo kali ini

Roy … Bismillah Yang Hilang

Sore itu, ketika mentari masih kelihatan sangat hujung di ufuk barat, Roy baru bergerak kembali ke Kolej. Seharian dia di Jalan Tuanku Abdul Rahman, bersama mahasiswa dari seluruh Negara berhimpun berdemonstrasi. Mereka membawa sepanduk, pembesar suara serta beraneka alat muzik bersorak dan bertempit meminta sesuatu dari pihak kerajaan. Mereka juga mengutuk

Roy: Neraca Kepentingan Peribadi

Baru-baru ni pecah lubang. Walaupun tidak semua tahu, hanya segulungan kecil saja yang tahu, itupun dah cukup. Silapnya kerana Roy sendiri yang beritahu, diberitahu pada siswi yang selalu berkepit dengannya. Hal ini berlaku semasa Program Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan pihak kolej di Morib Banting. Semasa mengendalikan Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan Roy beritahu

Roy: Cintaku Bersemayam Dalam Sebuah Takdir!

Minggu itu Minggu Khidmat Masyarakat. Kolej Roy memilih Morib, Banting sebagai kampung untuk melaksanakan karja-kerja kebajikan mahasiswa kepada penduduk Morib. Antara aktiviti kebajikan yang di laksanakan ialah kelas tuisyen Matematik, Sains dan bahasa dunia iaitu Bahasa Inggeris, Kelas Kecergasan, Bengkel Masak Memasak dan Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan. Maka yang merancang dan mengurus

Roy.. Kamu bukan lelaki pemberi!

Awal bulan lalu Roy berkenalan pula dengan seorang siswi Fakulti Sastera. Siswi genit jelita itu terjumpa di klinik Fakulti Perubatan kerana kemalangan. Roylah yang membantu menguruskan hal gadis genit itu di klinik. Dari situlah bermula hubungan mereka yang seketika sahaja telah menjadi intim. Itulah kelebihan hero kita ini, pemikat hebat

Roy.. Kamu bajai sifat yang ditakuti!

Semalam Roy barkenalan dengan seorang siswi asal Sarawak turunan Penan campur benih darah Barat. Namanya Ira Ziya. Ibunya Penan jati, puteri Penan yang tercantik di seantero Borneo. Bapanya American dari turunan Ireland dan Itali Mediterranean bercampur pula Red Indian America, sekarang campur lagi dengan Penan. Ibu bapa Ira Ziya bernikah

Roy… Kamu Hanya Penternak Cinta!

Baru-baru ini Roy berkenalan dengan seorang siswi. Berkulit tidak macam sawo matang. Hidungnya bagai boleh sangkut baju. Matanya bulat, jernih dan galak. Pipinya berlesung pipit di kedua-dua belah, senyumnya aduhai, sampai Roy tidak dapat tidur malamlah! Terkulai hero kita ni. Nama siswi yang telah merentap hati Roy ni namanya Rani, Rumba

Kamu Sakit Lagi… Roy!

Semalam Cassandra menemani Roy makan di café kolej. Roy mengajaknya tapi Cassandra yang belanja makan tengahari tu. Pada Cassandra hal belanja makan tidak masalah baginya sebab Cassandra cucu Tok Batin moden. Punya kapal di laut, gudang di darat. Duit banyak. Lagi pun duit biasiswa Orang Asli Cassandra tak usik pun.

Roy, Kamu ni Sakit ..!

Nama siswa tu Roy. Itu bukan nama sebenar dia. Itu nama sempena masuk universiti. Nama diberi senior kolej. Biasanya tentu ada sebab, ada pasal kenapa senior beri nama tu. Bukan tak tentu pasal beri nama student baru, dalamnya ada rasa keibubapaan. Masa nak menamakan dia Jawatan Kuasa Tertinggi Pelajar Kolej

Top