
Minggu itu Minggu Khidmat Masyarakat. Kolej Roy memilih Morib, Banting sebagai kampung untuk melaksanakan karja-kerja kebajikan mahasiswa kepada penduduk Morib.
Antara aktiviti kebajikan yang di laksanakan ialah kelas tuisyen Matematik, Sains dan bahasa dunia iaitu Bahasa Inggeris, Kelas Kecergasan, Bengkel Masak Memasak dan Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan. Maka yang merancang dan mengurus Pemeriksaan Kesihatan tentulah hero kita Roy.
Satu Kolej sibuk pasal Roy sudah mahu menyumbang tenaganya secara sukarela. Roy sudah sedia menyambut abad baharu yang kata bijak pandai abad baharu sekarang ini, meminta manusia lebih banyak membantu sesama manusia. Di Amerika, para majikan telah diminta oleh pekerja secara kumpulan memperuntukkan masa bagi mereka melaksanakan kerja-kerja sukarela. Memperuntukan yang di minta kumpulan pekerja itu membawa makna satu kemestian.
Roylah pembawa bendera semangat sukarela itu! Tapi Roy bukan penyokong buta tuli idea dari pakar kaji masyarakat Amerika sana nu. Roy menyokongnya kerana idea itu berketepatan dengan kehendak agama Roy. Roy pemeluk kuat agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW. Tok Wan Roy yang mengasuh Roy menjadi seorang muslim yang taat bersolat.
Seronok kawan-kawan Roy melihat perubahan diri Roy. Roy dari tukang beri alasan berubah jadi tukang taja kerjasama berpasukan. Malah ada ura-ura kawan-kawan mahu melantik Roy jadi Pengarah Khidmat Masyarakat ini. Cuma satu suara mencelah berkata, “Kita beri masa pada Roy dulu, kita lihat sejauh mana dia setia terhadap keyakinan barunya,” Jadi kerana itu maka kawan-kawannya membuat pusingan U.
Cuma yang kawan laki-laki bengang dengan Roy ni kerana dia membenarkan dirinya dikelilingi oleh gadis-gadis siswi. Itu yang menyebabkan kawan lelaki menyampah dengan si Roy turunan Siam Perut Hijau ni. Roy tak cuba pun larikan diri dari siswi tu, malah melebih-lebih pulak. Kekadang bila mereka mengerling Roy, Roy pulak yang buat-buat naik sheikh dengan menyuap ais krim kepada siswi tu. Semuanya itu berlaku dalam bas kolej semasa perjalanan ke Morib Banting.
Semasa berhenti makan kat Kelang, Roy turun bersama-sama dengan gadis siswinya. Ada Ella, Cassandera, Rumba Rani, Siti bijak, Ira Ziya dan pendatang baru yang kagum sepenuh hati terhadap Roy, namanya Sekasih Seri Siantan turunan Terengganu Anambas campur Melayu Champa, rakyat Republik Indonesia. Aduhai keceknya sebijik mace kecek Teganu, mahasiswi Fakulti Perikanan.
Satu keistimewaan hero kita ni dia boleh berbahasa Tamil. Boleh tahanlah bahasanya, sehingga kawan-kawan lama sekolahnya ada yang memanggilnya Mil, singkatan pada perkataan Tamil. Begitu penghargaan diberi pada Roy.
Di kedai, Roy cakap Tamil masa order. Tercengang para siswi mendengarnya. Semua puji Roy termasuk mamak ambil order, kata mamak tu bahasa Roy ini bahasa Tamil lama asal dari Istana Kerajaan Chola di India sana. Akhirnya yang sampai roti chanai jantan dengan telur separuh masak di luar banjir dengan teh tarik halia saja!
Semasa makan, terlintas di kepala Roy. Antara siswi yang sedang makan dengannya siapakah yang patut jadi isterinya… Alahai Roy, fikirlah hal lain.
Tapi hal itu tetap menyerang Roy, memukul-mukul rasa jantannya. Lalu sebagai jantan, mesti tidak boleh kalah atau lari terkincit-kincit sembunyi diri dari soalan sebegitu. Roy tidak begitu, Roy sentiasa jantan biar di manapun.!
Roy terus saja berfikir, Selalunya dia senyum saja, jika ada yang bertannya apa-apa pada waktu itu, dijawabnya selamba. Tetapi sekarang ini telinganya tak mampu menerima soalan atau kata-kata dari sesiapa pun kerana Roy sedang berfikir. Berfikir nak berbini. Inilah parahnya kalau jadi macam Roy kerana ramai siswi yang suka padanya.
Berfikir Roy ni sampai terbawa sampai ke dalam bas. Roy tak sedar pun bila dia selesai minum dan keluar dari kedai mamak tadi, apa lagi soal membayar; lagilah Roy tak ingat.
Roy terus di rasuk fikirnya. Fikir memilih yang mana satu. Sesekali datang juga fikiran kemaruk tu, “Kalau dah payah, ambil saja semuanya.” Tetapi Fikiran itu Roy tolak jauh-jauh.
“Payahnya memilih…,” Roy memejamkan mata dan terus berfikir soalan yang telah melanggar kepalanya. Di pendekkan cerita, Roy berjaya mendapat keputusan. Roy simpan keputusan itu untuk beberapa waktu, bila keadaan mengizinkan maka Roy akan memberitahu pada berkaitan itu. “Roy, tak pernah orang buat macam kamu ni!” Roy terdengar di telinganya begitu. Apapun Roy tetap dengan kata hatinya.
Selepas keputusan dibuat, barulah semangat Roy untuk membuat kerja-kerja Khidmat Masyarakat di Morib pun kembali segar dan gagah.
Di pendekkan cerita, setahun sudahlah Program Khidmat Masyarakat di Morib, namun Roy masih teragak-agak untuk menyampaikan niat sucinya pada yang disayanginya itu.
Suatu hari, satu Kolej sibuk, ramai yang nangis-nangis sedih. Setelah ditanya kawan, tahulah Roy sebuah kapal terbang jatuh di Laut China Selatan dan membunuh semua penumpangnya. Salah seorang penumpang yang terkorban ialah siswi yang sekolej dengan Roy. Siswi itu adalah kekasih Roy, kekasih yang tertunggak.
Seminggu Roy menangis dan seminggu itu Roy bermenung. Seperti tiada ubat lagi. Kuliah pun Roy lupa, Roy berbisik pada diri, “Kamu pergi dan kamu bawa cintaku sekali, akhirnya cintaku bersemayam dalam sebuah takdir.”
Roy terjaga dari tidur. Banting belum sampai, masih dalam bas bersama rakan-rakan.
“Bermimpi rupanya aku!”
“Di dalam kesunyian, Ku rasa gelombangnya, Menyintaimu satu kewajipan, Tapi tak terluah dengan perkataan,” Di Pintu Mahligai-Iklim.
“Semakin lama anda menunda perubahan, semakin dekat anda pada kehancuran dan kebinasaan. Semakin dekat pula anda pada bencana dan kegagalan,” Sheikh Muhammad Al-Ghazali.
“Perhatikan diri sendiri, dunia tidak layak jadi penyebab kesedihan anda, Jangan takut dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam kehidupan ini. Ketahuilah kehidupan ini memang keras,” Hafez.
“Dari mana punai melayang, Dari paya turun ke padi; Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati,” Pantun Melayu.
“Commitment:another name for success,”Zig Ziglar.
“Sesiapa yang menolak perubahan adalah arkitek yang kolot. Satu-satunya institusi kemanusiaan yang menolak kemajuan adalah tapak perkuburan,” Harold Wilson.
“Dunia ini bulat dan tempat yang dilihat sebagai satu pengakhiran boleh juga menjadi satu permulaan.” Ivy Baker.
“Perkara yang mustahil biasanya merupakan perkara yang tidak pernah dicuba.” Jim Goodwin.
“Kau yang berselindung, di balik sutera, warnamu pelangi!” Mustika- M. Nasir.
“…Dalam menghargai kehidupan, ia perlu bantuan agar lebih mengerti. Hidup ini perlu merdeka selagi tidak melewati batas-batas Tuhan.” Mazlah Awang-mahasiswa KAM-UPM.
dalem banget ini ceritanya terharu.