
Baru-baru ni pecah lubang. Walaupun tidak semua tahu, hanya segulungan kecil saja yang tahu, itupun dah cukup. Silapnya kerana Roy sendiri yang beritahu, diberitahu pada siswi yang selalu berkepit dengannya.
Hal ini berlaku semasa Program Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan pihak kolej di Morib Banting. Semasa mengendalikan Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan Roy beritahu pada siswi yang bersamanya tentang hal ini. Jadi memang benarlah Roy kita ni begitu orangnya. Kesian Roy, hal pengajian perubatannya tidak memberi masalah padanya. Yang beri masalah padanya ialah sikapnya sendiri.
Semasa di Morib itulah Roy mengakui bahawa aktivitinya berkehendakkan dipuji. Setiap kerjanya terutama kerja membantu orang lain mesti diberi pujian. Jika tidak diberi, Roy akan tarik muka, orang berkenaan tidak akan mendapat bantuannya lagi di masa akan datang.
Hal inilah hal ‘pecah lubang’ ! Roy yang melakukannya sendiri, mengaku ia beraktiviti kerana berkehendakkan pujian! “Alahai, setiap gerak bantu kamu hanya berlandaskan motivasi pujian.” Kata seorang kawan.
Suatu ketika Majlis Tertinggi Kolej menganjurkan Aktiviti Perjalanan Kemerdekaan. Aktiviti ini sempena menyambut ulang tahun Kemerdekaan Negara dengan secara berjalan kaki dari Dataran Bandar Hilir Melaka sehingga Dataran Merdeka, di Ibu Negara Kuala Lumpur.
Aktiviti dijangka memakan masa selama sepuluh hari ini bertujuan mengenang kembali susah payah generasi terdahulu sewaktu merebut kemerdekaan. Sebab itulah aktiviti berjalan kaki dipilih sebagai simbolik susah payah bagi mengenang perjuangan merebut kemerdekaan. Dan aktiviti ini dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Kolej dan Roy dijemput menjayakan aktiviti hebat ini.
Roy sangat suka aktiviti ini. Roy angkat topi kepada pencetus idea susah payah kerana merdeka ini. Sewajibnya memang begitu kerana merebut merdeka memang payah dan susah. Sejarah menunjukkan kemerdekaan adalah bersaudara dengan darah. Jadi wajar sekali dijayakan aktiviti ini, fikir Roy.
Roy mencemuh sesetengah aktiviti menyambut hari ulang tahun merdeka yang dijalankan oleh pihak tertentu. Umpamanya, Roy sangat bengang dengan memandu motorsikal berkuasa tinggi dan secara bergerombolan mengelilingi Semenanjung Tanah Melayu ini, menyambut merdeka. Roy tak suka aktiviti jenis ini, kerana Roy kerap melihat gaya dan cara para penunggang itu yang minta diperhati dan minta disanjungpuja oleh orang yang melihat kerana mereka hebat bergaya semata-mata kerana bermotor besar. Takkan begitu orang berjuang mendapat kemerdekaan, kata hati Roy.
“Roy, kamu tidak boleh berfikiran begitu! Itu namanya menuduh. Berdosa tu,” Cassandra memberitahu Roy.
“Kalau aku silap pun tentang hal itu, peratusnya hanya sedikit saja,” jawab Roy tidak mahu mengaku kalah.
“Setiap kenyataan mesti berasaskan fakta. Sebab itu kita beruniversiti. Kamu hentam semacam saja dalam hal ini, nyata kamu telah merendahkan maruah dan mertabat kita sebagai mahasiswa,” Ella pula menambah.
Roy tidak mahu berdebat dengan kawan-kawannya. Lain kali saja tau! fikirnya.
Roy bersetuju untuk sama berjalan kaki bagi meraikan sambutan ulang tahun merdeka Negara. Cuma Roy minta untuk membuat publisiti sendiri mengenai aktiviti ini untuk dirinya sendiri. Permohonan Roy diterima Jawatan Kuasa.
Pertama Roy lakukan dengan menulis berita mengenai aktiviti Perjalanan Kemerdekaan itu di akhbar arus perdana dan arus sempit. Hal ini mudah baginya kerana Roy wartawan sambilan. Hampir semua surat khabar Roy hantar dan yang pentingnya setiap berita, Roy pastikan gambarnya diterbitkan.
Demikian juga publisiti di radio dan tv, Roy lakukan. Sampai Roy minta di temu bual mengenai aktiviti ini oleh Al-Jazira dan CNN, dan Roy menjadi fokusnya. Dia mahu menjadi terkenal, inilah yang dicarinya! Kesemuanya ini dilakukan olehnya atas dasar neraca kepentingan pribadi.
“Menyindir biar berasas, memuji biar berisi.” A. Samad Said.
“Wang tidak memiliki hubungan apapun dengan nilai-nilai yang abadi yang membuat kehidupan ini layak dijalani.” Kent Nerburn.
“Hal-hal yang kita takutkan dalam kehidupan adalah apa yang paling sedikit yang kita ketahui.” Denis Waitley.
“Oh tak ku menduga, mengapa bisa terjadi sebegini, ku fikir selama-selama, ini cinta kita hati ke hati, dimana janjimu katamu, akulah milik abadimu, oh tak mungkin ini, hanyalah semata-mata sandiwara.” Sandiwara Cinta Semusim-Iklim.
“Tidak ada tempat di dunia ini bagi pemalas. Waktu akan selalunya berpihak pada mereka yang kukuh menapaki jalan kebenaran. Oleh itu orang yang hanya duduk diam diri mustahil akan diberi kekuatan untuk melangkah apa lagi untuk berlari.” Sheikh Muhammad Al Ghazali.
“Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah Raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu.” Pantun Melayu.
“Sesetengah orang akan masuk ke hutan dan tidak nampak sebarang kayu api.” Peribahasa Inggeris.
“Things do not change, we do.” Henry David Thoreau.
“I’ve never played for a draw in my life.” Alex Furgason.
“Hidup adalah permainan setapak demi setapak.” Ray Capp.
“Kita terbang bebas laksana burung, terikat hanya di tali cinta.” Nordin Kardi.