
Baru-baru ini Roy berkenalan dengan seorang siswi. Berkulit tidak macam sawo matang. Hidungnya bagai boleh sangkut baju. Matanya bulat, jernih dan galak. Pipinya berlesung pipit di kedua-dua belah, senyumnya aduhai, sampai Roy tidak dapat tidur malamlah! Terkulai hero kita ni.
Nama siswi yang telah merentap hati Roy ni namanya Rani, Rumba Rani! Turunan India Malaysia dari estate kelapa sawit Banting Selangor campur Karala Thekkady Hill Station India. Ibunya baru 25 tahun jadi warga Negara Malaysia. Kerana cinta pandang pertama, kedua-dua ibu bapanya kahwin. Kahwin lari, cinta wajah sampai macam tu. Begitulah sedikit hal Rumba Rani.
Macamana la Lebai Roy kita ni boleh jatuh hati kat gadis Thekkady Malaysia ni. Roy memang tidak pernah jatuh hati pada mana-mana siswi atau mana-mana gadis pun. Kat Perlis berlambak-lambak gadis Perlis yang cun-cun. Tapi satu pun tak dapat melekat dengan Roy. Roy kata gadis Perlis hitam-hitam pasal kuat main sawah dengan laut. Lepas tu Roy kata gadis Perlis bulu tak banyak, bulu tangan dan bulu kaki.
Ceritanya begini, satu hari Roy berlari-lari dalam kawasan fakultinya mengejar masa kuliah. Pada waktu itu dia lupa Ella, lupa Cassandra, lupa Jeniffer. Mesti ingat kuliah saja, baru boleh jadi doktor! Kata hati Roy. Lari punya lari tersadung kaki kat tangga lecture teater, gedebam jatuh macam nangka ranum. Alahai kepala Roy macam mau pecah, gigi enam batang bertaburan kat tangga dewan kuliah.
Yang menolong Roy waktu itu hanya seorang saja iaitu seorang siswi. Siswi si Rumba Rani itulah. Dialah yang membawa Roy ke klinik lepas tu mengurus Roy masuk ke hospital. Masa urusan klinik Roy masih sedar, masih dapat melihat wajah siswi menolongnya. Semasa terbaring di katil hospital, wajah gadis yang menolongnya sudah pudar dan berbayang-bayang. Sempat Roy berkata, “Jangan pergi sayang!”
Setelah sihat dan gigi pun ditukar palsu, Roy kelihatan lebih ganteng dari sebelumnya, sebelum jatuh tersembam. Roy bertambah bergaya dengan tali lehir merah Danok miliknya. Pendek kata Roy bertambah laki-lakinya, bertambah jantan!
Tapi kini Roy mula lupa kawan-kawan kolej. Roy selalu di Fakulti bersama Rumba. Study berdua dan selalu berdua-duaan. Roy selalu memberi pelbagai hadiah pada Rumba, kata Roy sebagai balas budi Rumba yang telah menolongnya masa tersembam dulu, tapi sebenarnya ada udang sebalik batu. Roy pernah balik ke Perlis dalam masa exam mengambil mangga harum manis kerana semata-mata Rumba bercakap tentang harum manis. Besoknya sepuluh kilo harum manis berada di hadapan Rumba.
Ada masanya pulak Rumba tercakap pasal durian musang king. Roy terus kerumah atuknya di Pulau Pinang. Besoknya dua belas biji musang king berada di hadapan Rumba.
Begitulah Roy. Dia tahu yang dirinya telah jatuh cinta dengan gadis dari Banting itu. Maka sebab itulah Roy melakukan apa saja untuk memenangi hati Rumba. Dalam satu hari entah berapa kali Roy call Rumba. SMS pada Rumba beratus kali. Kalau Roy sudah hilang ilham untuk SMS pada Rumba, maka cukuplah dengan menghantar RnR saja yang bermaksud Rumba n Roy!
Begitulah kalau orang jatuh cinta. Roy dilanda cinta!
Satu hari Roy di panggil Rumba kerana mahu berjumpa.
“Roy, aku sangat meluat pada kamu dan cara kamu itu,”
“Jangan begitu Rumba. Aku mahu kau menyukai dan mencintai aku kerana itulah aku lakukan,” Roy menjawab terkejut.
“Cinta tak boleh dibuat-buat, tak boleh dibina-bina dengan beri durian dan mangga. Tidak ada siapa pun yang boleh menternak cinta. Lebih baik menternak penyu!” kata Rumba pasti.
“Habis tu yang kau melayan aku itu kenapa,” Roy bertanya
“Aku layan sebagai kawan. Kamu yang perasan sangat,” kata Rumba dan terus berlari pergi.
Roy sangat sedih. Lalu menjerit memanggil Rumba Rani.
“Roy, kamu ni bermimpi!” kata suara.
Roy membuka mata. Terlihat olehnya Ella, Cassandra dan Jeniffer. Mereka melawat Roy di hospital.
“Pasir roboh di pinggir kali, Pekan menyabung ayam berlaga; Kasih tak boleh dijual beli, Bukannya benda buat berniaga,” Pantun Melayu.
“Kita mendorong diri kita untuk sihat bukan untuk sakit,” Kent Nerburn.
“Jika anda tidak tahu kemana mahu pergi, bagaimana anda boleh tahu bila akan sampai di sana.” Charles Burke.
“Tiap-tiap hal yang tidak disertakan dengan tanggungjawab tidak akan mutlak dari segi hakikat,” Tun Hussein Onn.
“Kita berkawan dan bersahabat, dan menggunakan hubungan itu untuk menentukan diri kita yang sebenar,” Prof. Dr. Sulaiman Yassin.
“Champion aren’t made in gyms. Champion are made from something they have deep in side them-a desire, a dream, a vision. They have to have last minute stamina, they have to be a little faster, they have to have the skill and the will. But the will stronger than the skill.” Muhammad Ali.