You are here
Home > Featured > Ultras Malaya dan Malaysia 0-1 Thailand

Ultras Malaya dan Malaysia 0-1 Thailand

 

Malaysia tewas kepada Thailand dalam perebutan pingat emas malam tadi. Ibu kepada segala pingat Sukan SEA itu menjadi milik Thailand, telah berada di dalam genggaman mereka sekarang. Kita harus menunggu selama dua tahun lagi untuk mencuba  memilikinya.

Bolasepak adalah permainan rakyat. Di mana-manapun boleh main, siapa pun boleh main sebab syaratnya mudah. Bolasepak bukan seperti Polo, bukan seperti tenis, dan juga bukan seperti sukan-sukan lain. Sukan bolasepak ini sukan milik rakyat Malaysia, milik semua kaum! Milik Melayu, milik Cina, India, Khadazan, Iban, Penan, Serani, Banggali, milik Orang Asli dan sesiapa saja yang jadi warga negara Malaysia. Sukan bolasepak ini tidak kira pangkat dan darjat. Tak kira raja atau orang bangsawan atau birokrat, aristocrat, ulama atau penarik beca, si kuli kang atau siapa saja, semua mereka boleh main dan boleh menonton. Malah pengangkut najis juga mempunyai hak keatas permainan bolasepak ini. Semuanya boleh terlibat dalam apa saja yang berkaitan dengan bolasepak.

So…Penulis secara peribadi mengangkat tangan kepada kumpulan Ultras Malaya yang memboikot dengan tidak ke stadium Shah Alam malam tadi bagi  menyaksikan perlawanan merebut Pingat Emas Sukan Sea. Ultras Malaya, kamu boikot perlawanan itu atas dasar memprotes kerana sistem penjualan tiket pertandingan telah dikelolakan dengan tidak baik dan jauh daripada sempurna oleh pihak penganjur.

Kata kamu, “Hal penjualan tiket yang tidak sempurna seperti malam tadi berlaku juga pada mana-mana pertandingan besar anjuran FAM.”  Aduhai penonton juga akhirnya yang kecewa.

Pak Mat kereta buruk dari Sungai Tiang Kedah mai ‘slow and steady’ al-maklum kereta buruk, tapi sampai juga ke Shah Alam  untuk menyaksikan pertandingan bolasepak semalam. Pagi-pagi lagi dah sampai kat stadium, tapi tak dapat tiket. Kasihan kawan baik Loi Loon Teik tu!

Walaupun kereta Pak Mat penuh dengan bendera Malaysia kerana 31 Ogos tapi kerana tak ada tiket taklah dapat masuk tengok bola. Duit ada pun tak guna. Kalau yang dijual Ulat Tiket ada la, tapi harga tinggi. Pasti ramai lagi yang semacam Pak Mat, ramai lagi kawan baik Shukor Salleh, Chandran, Dali Omar. Choon Wah yang senasib dengan Pak Mat.

Hal ini berkaitan dengan penjualan tiket. Penjualan tiket harus punya sistem yang bagus supaya rakyat dapat menyaksikan pemainan mereka. Supaya peminat dan penonton dapat bersorak menyokong pasukan mereka.

Dalam bolasepak ini banyak orang persaorangan, komponen dan kumpulan yang terlibat bagi menjayakan bolasepak negara. Berikut diturunkan hal berkenaan untuk lihat. Presiden, Setiausaha, Ahli Jawatan Kuasa pelbagai jawatan kuasa, Anggota Pentadbiran dan pengurusan, Jurulatih dan teamnya, para pemandu, orang kenamaan, pemain,  sumber dana dan penonton. Mungkin ada lagi, apapun, dari kumpulan diatas kumpulan manakah yang paling penting sekali dalam bolasepak. Soalannya ialah kumpulan mana yang menentukan bolasepak kita akan terus berjaya dengan gahnya.

Soalan itu perlu dijawab kerana setiap gerakan dalam mana organisasi pun harus ada keutamaan. Supaya penyusunan perancagan dan perlaksanaan dapat  dilaksanakan dengan betul.

Jawapan kepada soalan  kumpulan yang paling penting sekali pada organisasi bolasepak ialah kumpulan Peminat, Penyokong dan Penonton. Kumpulan ini kena jaga, kena beri keutamaan. Merekalah yang menentukan jatuh bangun bolasepak kita. Inilah patut dijadikan falsafah bolasepak kita!

Tuan-tuan, ranking kita dalam buku FIFA kian jatuh. Negara di Afrika yang sebahagian rakyatnya tak cukup makan pun punya rangking FIFA yang jauh tinggi daripada kita. Sebenarnya di mana harus kita mulakan kembali? Jawapannya, beri keutamaan kepada gulungan yang telah sengsara kerana bolasepak kita ia-itu peminat, penonton  dan penyokong. Mereka pasti  mengangkat dan menjulang bola sepak kita.

Syabas Ultras Malaya!

 

Leave a Reply

Top