
Pada 13.8.2017 yang lalu, bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam semasa Forum Nothing To Hide 2.0 anjuran Angkatan Bersatu Anak-Anak (Muda Armada), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berlaku kekechohan antara peserta forum. Demikian dilaporkan oleh sebuah akhbar harian.
Menurut akhbar itu lagi bunga api suar, kerusi dan selipar telah dilemparkan kearah Tun Mahathir. Kekecohan itu berlaku kerana sebahagian ahli telah tidak puas hati dengan jawapan Tun Mahathir mengenai isu Memali.
Kasihan Tun. Tidak seharusnya hal sebegitu berlaku terhadap seorang bekas Perdana Menteri yang telah berusia itu. Sangat sedih! Rupanya hal bunga api suar dan selipar telah menjengah dan mula mewarnai politik Malaysia.
Semuga hal ini, hal baling bunga api suar dan selipar ini tidak akan berlaku pada masa akan datang semasa Pilihanraya ke-14 nanti, mudah-mudahan tidak. Namun hal isu Memali ini nampaknya akan terus mewarnai politik negara kita sehinggalah pilihanraya ke-14 nanti, terutama di Kedah.
Apa pun, penulis sedih akan kekecohan yang berlaku dan kasihan pada Tun.