You are here
Home > Sukan > MU 2-0 Leicester: Pengurus kita bebel

MU 2-0 Leicester: Pengurus kita bebel

Tuan Pengurus kita Jose Mourinho telah bebel. Walaupun menang 2-0 ke atas Leicester di Old Trafford semalam 27.8.17. Pengurus kita bebel juga. Beliau bebel pada kita tau, kepada peminat MU.

Stadium penuh, 70 ribu lebih penuntun dan 90% terdiri dari para penyokong MU. Mereka tidak bersorak kuat, berteriak dengan teriakan yang tidak bersemangat dan bila menyanyi lagu MU menyanyi secara lembut. Peminat lembik! Pada Mourinho, sebab peminatlah maka MU gagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama, walaupun menguasai permainan. Peminat tidak beri semangat pada pemain.

Sebenarnya Tuan Pengurus, kami peminat di Malaysia berpendapat yang peminat di Old Trafford tu tidak ghairah dan garang sebab mereka tension semasa menyaksikan perlawanan itu kerana di fikiran mereka berapa gol kali ini MU akan skor. Dalam keadaan tension dan cemas itu maka mereka lupa untuk bersorak memberi semangat.

Bawa kami dari Malaysia kesana, kami akan bawa kompang, gendang boria yang panjang tu dan sepuluh bendera MU yang berukuran empat size gelanggang badminton dan bendera yang lain. Kami akan bertempik sorak tanpa henti. Kami punya falsafah bola sepak yang kami percaya, “Dalam bola sepak komponan yang paling penting ialah peminat dan penuntun,”

Betul. Marinho patut bersungut terhadap penyokong yang MU yang pasif malam tu. Tapi ada pengulas kata yang memulakan kesilapan ialah Mourinho sendiri. Sebabnya Marinho menurunkan Martial bukannya Rashford. Peminat mahu malihat Rashford bermain, berlari, mengelecik dan menjaringkan gol. Anak muda itulah yang memberi jiwa pada permainan MU musim ini, macam Gigg dulu. Permainan milik Rashford di simpan dahulu sedangkan bermain di Old Trafford! Ini bukan bermakna Martial tak ok. Martial tetap ok! Dia Super Sub tarbaik yang MU ada. Ini satu kekayaan permainan baru yang dimiliki MU. Jangan lupa pandang Marinho hal ini.

Dalam separuh masa pertama tu, Leicester telah banyakkan pemain dalam kawasannya, bertahan. Hanya Jamie Vardi saja yang ada di kawasan MU. Memanglah begitu strategi bila bermain dengan pasukan kita, pasukan yang telah menjaringkan lapan gol tanpa bolos. Setakat ini belum ada pun pasukan EPL yang telah menjaringkan  lapan gol musim 2017/18 ini. Walau pun dikawal ketat oleh pertahanan lawan, Mata berjaya jaringkan gol. Cuma gol itu dinafikan oleh Pengadil. Menurut Pengadil ketika Juan Mata menjaringkan gol dia dalam kedudukan off-side. Tapi dari mata pengulas, Mata tidak off-side.

Separuh masa kedua, MU mendapat peluang menperolehi gol pertama kerana diberi tendangan penalti. Lukaku gagal menyempurnakannya. Lukaku membuat tendangan kearah tempat yang mudah diselamatkan oleh penjaga gol. Inilah padahnya yang diterima peminat kerana mereka tidak ghairah menyaksikan perlawanan itu. Hati mereka tidak bersama permainan!

Gol MU dijaringkan oleh pemain gantian, Rashford dan Fellaini. Kedua-dua gol ini tidak dijaringkan secara jantan, tidak ada yang menarik dari gol ini! Pasukan lawan yang lain tidak gusar dengan gol yang dijaringkan seperti kedua-dua gol ini, gol yang tidak boleh dibuat belajar.

Man of the match bagi games ini ialah Harry Maguire, pemain Leicester. Rating pemain MU pula adalah seperti berikut:

Lukaku 6, Martial 7, Mkhitaryan 6, Mata 6, Pogba 6, Matic 7. Blind-6, Jones 8. Bailly 8, Velencia 5, De Gea 7, Lingard 7, Rashford 8, Fellaini 7.

Leave a Reply

Top