
Kanser pankreas merupakan sejenis kanser yang jarang berlaku, namun, sekiranya diserang barah pankreas ini, ia adalah satu tragedi!
Penyakit kanser pankreas ini agak sukar untuk didiagnosis ekoran kerana pankreas terletak jauh di dalam rongga abdomen. Biasanya kanser pankreas ini hanya dapat dikesan apabila telah membengkak dan berada pada tahap serius.
Kalaupun pembedahan dilakukan terhadap pesakit kanser pankreas ini, biasanya hanya sebahagian tisu kanser pankreas sahaja yang dapat dikeluarkan, sebahagian lagi tidak dapat dibuang kerana telah merebak ke bahagian organ tubuh yang lain. Sebab itulah, masalah utama yang dihadapi oleh pesakit kanser pankreas ini adalah untuk mengesan kehadiran penyakit ini seawal yang mungkin.
Sebab itulah, apabila mana-mana pesakit mengadu sakit di bahagian abdomen, ia perlu disiasat segera.
Tanda-tanda Menghidap Kanser Pankreas
- Penurunan berat badan secara mendadak.
- Sakit di bahagian abdomen
- Mendapat penyakit kuning (mata dan kulit menjadi semakin kuning)
- Gatal pada kulit, tapak kaki dan tangan
- Hilang selera makan
- Diabetes mendadak
- Pundi hempedu membengkak
- Perubahan deria rasa (dari suka jadi tak suka dan sebaliknya)
- Najis yang pucat, terapung dan berbau busuk
- Najis hitam dan berdarah
Cara Doktor Mengesan Penyakit Kanser Pankreas
- Ada kalanya kesakitan di bahagian perut biasanya disebabkan oleh gastrik. Maka ubat gastrik akan diberikan.
- Jika ubat gastrik tidak memberi kesan doktor akan mencadangkan pemeriksaan OGDS, iaitu memasukkan kamera ke dalam perut.
- Jika doktor tidak mendapati sebarang masalah dalam perut, pemeriksaan imbasan CT pada abdomen akan dicadangkan. Namun , teknik imbasan CT ni tidak dapat mengesan barah pada peringkat awal, terutamanya ketika tumor masih kecil.
- Pemeriksaan endoscopic ultrasound mungkin menjadi peluang cerah untuk pesakit kanser pankreas. Ini kerana pemeriksaan ini dapat mengesan sebarang tumor mahupun ketumbuhan yang tidak dapat dikesan oleh imbasan CT. Tisu pankreas juga dapat diambil dan dikaji sebelum rawatan selanjutnya diberikan.
- Dalam kes sebegini, pembedahan Whipple dilakukan. Pembedahan ini merupakan pembedahan yang agak besar dan kompleks. Hasilnya, semua tumor dapat dikeluarkan dan kanser dapat dikawal dari merebak. Namun begitu, sekiranya pesakit terlalu lambat dirawat, kebanyakan daripada mereka cuma diberikan tempoh 6 bulan sahaja untuk hidup.