You are here
Home > Sejarah

XPDC Lebir – 8 – Bermalam Di Hulu Lebir

Sebaik saja mendapat keputusan dari aku, anak-anak buahku semuanya kelihatan sibuk melakukan berbagai bagai kerja. Pertamanya mereka memilih dan membersihkan kawasan berkhemah untuk malam itu. Selepas itu mengangkat alatan berkaitan dari kedua buah kenderaan dan kemudian memasang fly dan ground sheets saja. Ini bermakna kami semua akan tidur hanya di

XPDC Lebir – 7 – Akhirnya bertemu juga

Sebaik saja sampai, Soo segera menegor kami.. “Lamanya kami tunggu abang Nik, kami risau takut abang Nik dan Encik serta cikgu cikgu hilang ditelan belantara ni,” sapa Soo bila melihat kami  keluar dari hutan pinggiran sungai. “Encik ni bersama kami, mudah-mudahan kami tak tertinggal..,” jawab Nik sambil memandang kepada pemandu yang menemani

XPDC Lebir – 6 – Petanda Awal Khazanah Bangsa

Di dalam perancangan awal kami, kami akan kehulu Lebir secara berjalan kaki dan bermalam beberapa hari di situ. Selepas itu secara berjalan kaki juga kami akan menyusuri Sungai Lebir sehingga Manek Urai. Di kawasan Lembah Sungai Lebir inilah kami akan berekspedisi dengan satu tujuan iaitu mencari tinggalan khazanah bangsa yang

XPDC Lebir – 5 – Pengarah Ekspedisi Menanti di Gua Musang

Pagi-pagi lagi keretapi yang kami naiki tiba di Gua Musang. Aku bersama anak-anak buahku bergegas turun dari keretapi bersama dengan barang-barang kelengkapan dan alatan ekspedisi kami.      Stesyen keretapi Gua Musang menjadi riuh seketika dek suara pelajarku yang sibuk menguruskan barangan kumpulan dan barangan sendiri. Yong, Cikgu Nayan, ustaz dan Wan

XPDC Lebir – 4 – Sembang-sembang Kereta Api

“Wahh…Encik kita juga macam geng kita lain kat sana tu, telah tidur rupanya dia!” kedengaran sayup di telingaku suara Sani yang sedang berjalan melintasi kerusi atau bangku dudukku. “Encik kita ni, waktu tidurnya pun dengan senyum, aduhai, lihatlah..!” kedengaran suara saorang siswi menyambut kata-kata Sani, aku pasti pemiliknya adalah Meng Soo. “Pegawai

XPDC Lebir – 3 – Bermulanya Satu Ekspedisi Mahasiswa

Deruan bunyi keretapi malam yang kami naiki kian bertambah kuat dan nyaring, membelah malam yang kian bertambah sunyi. Sang keretapi yang bagaikan  saorang buroh yang gagah lagi setia, tidak jemu-jemu bertempik di sepanjang jalan. Meredah malam membawa penumpang yang punya agenda masing-masing, termasuklah kami. Ini bukanlah kali pertama aku bersama

XPDC Lebir – 2 – Lembah Sungai Lebir

“Encik kita ni sedang nak bercerita mengenai hasil perjumpaannya dengan Profesor Dr. Khoo Kay Kim,” Sani pantas mematikan jalan bicara rakannya. Memang Sani begitu sejak akhir-akhir ini, mengurangkan kelakar-kelakar kosong kerana dia sedang kuat belajar bagi mendahulukan pemikiran akademik dari yang lain. “Waktu perjumpaan itu saya bersama Nik pengarah, dialah yang

XPDC Lebir – 1 – Melaram Citra Mahasiswa

Kami tiba di stesen keretapi Gemas pada jam 1.00 pagi, menurut jam besar yang tergantung di stesen berkenaan. Anak-anak buahku seramai 26 orang yang terdiri dari mahasiswa ahli Kelab Akhbar Mahasiswa (KAM) Universiti Putra Malaysia (UPM) mundar mandir meninjau stesen yang menjadi pertemuan antara jalan keretapi pantai barat dengan jalan

Top