You are here
Home > Sastera > Kisah Mubaligh Dan Tuan Puteri

Kisah Mubaligh Dan Tuan Puteri

Al-kisah ada seorang puteri raja yang keelokan wajahnya bagaikan rembulan dan sememangnya dikagumi oleh semua orang. Pada suatu hari seorang mubaligh yang sedang memasukkan makanan ke mulutnya tiba-tiba makanan itu jatuh ke tanah dek terpesona dengan keelokan wajah Sang Puteri Raja yang baru saja dilihatnya.

Ketika mubaligh itu berlalu pergi, Sang Puteri Raja pun sempat menguntumkan senyuman kepadanya. Tindakan puteri raja itu benar-benar menyebabkan dirinya menjadi tidak tentu arah dan mabuk kepayang. Dalam keadaan mabuk kepayang, si mubaligh tidak senang duduk dan tidak berbuat apa-apapun selama tujuh tahun. Kadangkala dia tidur di atas jalan maupun di tempat anjing-anjing liar tidur.

Sejak itu si mubaligh sering kali datang mengganggu Sang Puteri Raja menyebabkan pengawalnya memutuskan untuk membunuhnya. Namun begitu Sang Puteri Raja cuba menasihati, “Tidak mungkin kita berdua boleh hidup bersama. Para pengawalku pasti akan membunuh kamu. Oleh itu pergilah jauh dari sini.”

Lelaki yang merana itupun menjawab,”Sejak aku terpandang wajah tuan puteri, hidupku tidak ada ertinya lagi. Atas alasan apahkah mereka mahu membunuhku? Namun begitu jawablah pertanyaanku yang satu ini. Bukankah tuan puteri menjadi penyebab kepada kematianku dan mengapakah tuan puteri tersenyum padaku ketika itu?”

“Bodoh!” bentak Sang Puteri Raja. “Ketikaku lihat betapa bodohnya kau pada waktu itu, aku tersenyum kasihan dan bukan kerana apa-apa!” kata Sang Puteri Raja, lalu pergi meninggalkannya.

Catatan:

Dalam persidangan burung, Attar membicarakan soal salah faham emosi subjektif yang menyebabkan kebanyakan orang percaya bahawa pengalaman tertentu (senyuman Sang Puteri Raja) merupakan hadiah istimewa (kekaguman), padahal sebenarnya merupakan hal yang sebaliknya(belas kasihan).

Banyak orang yang tersalah tafsir memandang karya seperti ini sebenarnya memiliki makna yang tersendiri. Salah tafsir itu dengan andaian bahawa karangan klasik sufi merupakan cara lain daripada penggambaran teknik tentang keadaan kejiwaan.

 

Dipetik dari buku:Hebatnya Ahli Sufi
Pengarang:Syed Mahdzir Syed Ibrahim.

 

 

Leave a Reply

Top