You are here
Home > Satira > Kasihan Melayu Kuli

Kasihan Melayu Kuli

Saya dan kawan-kawan sebaya saya sudahpun pencen. Setiap bulan kami tidak buat apa-apa pun, namun kerajaan tetap beri wang. Cucuk saja di Mesin ATM tu, keluar le duit sebanyak mana mahu. Tapi ada le had-had yang boleh keluar, had itu mengikut pangkat atau jawatan terakhir dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

Kalau Ketua Setiausaha Negara, banyak le boleh keluar  duitnya. Kalau Ketua Setiausah Kementerian atau Ketua Pengarah mana-mana jabatan kerajaan tentulah banyak pencennya. Ada seorang kawan saya tu dia dapat pencen Naib Canselor kerana jawatan terakhirnya Naib Canselor, jusa A! Dapat le dia pencen jusa A. Banyak tu! Itu rezeki dia, Allah beri dia. Kita tak dengki pun. Alhamdulillah!

Dulunya saya hanya seorang buruh Jabatan Kerja Raya atau terkenal dengan nama singkat JKR. Saya bukan kuli, saya buruh dan tugas saya mengorek longkang tepi jalan dan memyelenggara jalan raya. Waktu itu tahun 1970 dan perkhidmatan saya berpencen.

Pencen saya tak banyak, al-maklum pencen buruh. Namun walau pun sikit setiap bulan saya boleh ke mesin ATM untuk mendapatkan pencen saya. Terima kasih Malaysia. Kadang-kadang semasa mencucuk duit tu terfikir saya, kalaulah dulunya sewaktu bekerja, aku tahu sebegini rupanya pencen maka aku akan tambah kuat kuat dan banyak-banyak kepada kerjaku itu. Sebab waktu ini aku dapat duit dengan tidak payah bekerja pun. Syukur aku!

Bila aku kenang-kenang, aku puas hati dengan prestasi kerjaku dulu. Aku telah menjalankan tugasku dengan baik, termasuklah dalam menjalankan tanggungjawab ku sebagai buruh. Aku telah memberikan hak (sebagai buruh) yang dipinta oleh negara dengan sebaiknya. Dan hari ini aku berpencen maka negara pula melaksanakan tanggungjawabnya kepadaku. Aduhai! Rupanya kita sedang bicara mengenai hak dan tanggungjawab. Hak negara kerana aku bekerja untuknya, berhempas pulas aku bekerja untuknya dan tanggungjawabnya padaku ialah memberi aku pencen selepas aku tidak mampu lagi bekerja kepadanya.

Pencen buruhku tidaklah banyak, cukuplah untuk keperluan orang tua seperti aku dan isteriku. Dunia kami kecil, keperluan kami kecil dan keinginan kami juga kecil. Jadi pencen yang kecil itu ada juga bakinya. Yang lebihnya itu aku selalu membeli coklat untuk cucu-cucuku. Seronok dia orang, bukan saja coklat tapi mainan pun selalu aku membeli untuk mereka. Jadi sayang sungguhlah mereka kat atuknya.

Semalam, aku baru saja membeli pakaian sekolah bagi tiga orang cucuku. Malam itu aku menung memikirkan kalaulah aku tidak ada lagi, bagaimana agaknya hidup anak dan cucuku?

Aku menung kerana anakku juga buruh kepada sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja membaiki jalan raya seperti aku dahulu. Anakku ini kuli bukannya buruh. Aku pun tidak faham kenapa aku gunakan istilah itu. Tapi yang pasti anakku itu tidak akan dapat pencennya pada masa tuanya nanti. Program Penswastaan telah menghilangkan pencen untuk pekerja bawahan.

Bagaimana dia mahu meneruskan kehidupan dan bagaimana pula dengan cucu-cucu dan generasiku yang akan datang. Tidaklah adalagi coklat, mainan dan pakaian sekolah dan buku sekolah dari atuk mereka. Kerana apa, kerana bapa mereka tiada berpencen lagi.

Maka ramailah Melayu miskin tidak berpencen. Kesannya besar sangat terhadap kehidupan orang Melayu pada masa yang akan datang.

Siapakah yang telah melaksanakan Dasar Penswastaan sehingga buruh-buruh Jabatan Kerja Raya dan jabatan-jabatan lain pun telah tidak berpencen. Tukang-tukang masak di pusat-pusat pengajian, tukang-tukang cuci dan macam-macam tukang lagi telah lenyap ditelan Dasar Penswastaan. Dasar yang tidak beri pencen pada orang-orang bawah. Terdapat pula jabatan besar yang pekerjanya semua, bawahan atau atasan telah tidak berpencen lagi. Macam TNB, Pos dan lain-lain jabatan yang perkhidmatannya diswastakan.

Siapa yang melakukan pembunuhan pencen ini. Orang bawah yang miskin tiada lagi pencen. Kasihan..tiada lagi coklat dan buku untuk cucu. Orang yang melakukannya adalah orang yang mempunyai kuasa pada waktu itu, Maka tentulah Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir. Beliau memulakan dan melaksanakan Dasar Penswastaan itu semasa menjadi Perdana Menteri dulu. Jadi beliaulah  Si-Pembunuh pencen bagi pekerja golongan bawahan.

Kesan besar dari tiadanya pencen pada pekerja bawahan ialah hilangnya tapak besar untuk membekalkan sekolah dengan pelajar yang punya keyakinan diri dan yang bijak. Ini satu malapetaka kepada orang Melayu!

Leave a Reply

Top