
Tajuk seharusnya berubah. Mahathir vs Najib! Bukan seperti diatas. Najib tidak menyerang Mahathir. Mahathir yang menyerang Najib, semasa Najib Perdana Menteri (PM). Semasa menyerang Najib, Mahathir tidak lagi jadi PM, sudah enam tahun atau lebih sikit Mahathir menjadi mantan PM. Najib tidak mengambil alih kuasa dari tangan Mahathir tapi dari tangan Pak Lah yang dipaksa menamatkan tempoh PMnya yang hanya satu penggal.
Riwayat kedua orang tokoh penting UMNO ini perlu diketahui atas dasar sifat sejarah itu sendiri yang fungsinya menghubungi hal yang lalu dengan hal sekarang, supaya ada didalam pengertian dan pemahaman kita. Dari situ terciptalah yang bernama kehidupan! Dalam kontek tulisan ini, kehidupan yang tercipta ialah kehidupan dalam alam politik.
Saya mulakan dengan riwayat kehidupan Mahathir dalam UMNO, sebab sejarahnya lebih awal dari Najib. Mahathir pernah disingkirkan dari menjadi ahli UMNO, oleh Tunku Abd. Rahman selaku PM waktu itu. Kesalahan yang dilakukan Mahathir ialah meminta dan memaksa Tunku Abd. Rahman melepaskan jawatannya.
Apabila Tun Razak (Bapa Najib) menjadi PM, Mahathir telah diterima kembali menjadi ahli UMNO. Maka bersambunglah semula riwayat Mahathir di dalam UMNO.
Riwayat Mahathir terus mekar, selain dari menganggotai kabinet Tun Razak, Mahathir telah dipilih sebagai Naib Presiden Umno atas suka Tun Razak. Sebelun Tun meninggal sempat dia berpesan pada Timbalannya Hussein Oon agar melantik Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Hasrat Tun Razak itu dimakbulkan Allah. Hussein Onn sebagai PM segera melantik Mahathir sebagai timbalannya. Riwayat Hussein sebagai PM tidak panjang kerana walau pun menang dalam pemilihan Presiden UMNO ketika berjawatan PM, tapi beliau telah ditandingi oleh Sulaiman Palastine. Ini satu perkara yang menarik! Mengikut beberapa pemerhati politik, Sulaiman sanggup berbuat demikian kerana adanya sokongan dari Mahathir Mohamad. Isyarat yang mungkin bersifat pengkhianatan ini dapat dibaca oleh Hussein Onn, lalu beliau meletakkan jawatannya sebelum ditewaskan dalam pemilihan akan datang. Beliau melepaskan jawatan PM setelah berkhidmat selama lebih kurang satu penggal.
Selama Mahathir menjadi PM seramai empat Timbalan Perdana Menteri pernah berkhidmat dengan beliau. Tiga daripadanya telah meletakkan jawatan atau diletakkan jawatan mereka atas sebab-sebab tertentu yang katanya ada kaitan dengan kehendak pucuk pimpinan.
Mahathir mengumumkan persaraannya setelah 22 tahun sebagai PM. Selepas itu Mahathir tidak bersetuju dengan penggantinya Pak Lah. Pak Lah merajuk dan meninggalkan jawatan PM lalu Mahathir pun melantik Najib sebagai PM.
Demikian riwayat Mahathir dalam UMNO. Sekarang riwayat beliau itu diteruskannya lagi bersama Pakatan Harapan.
Selepas Tun Razak meninggal, adik iparnya Hussein Onn telah bersetuju anak saudaranya iaitu Najib Razak menjadi anggota perlimen kawasan Pekan, Pahang. Dari situ bermulalah riwayat Najib dalam UMNO.
Semasa Tengku Razaleigh melawan Mahathir, UMNO telah terbahagi dua. Seimbang! Yang paling akhir yang belum memberi sokongan kepada mana-mana pihak ialah Najib dan Pahang. Semua tertunggu-tunggu keputusan Najib. Majoriti menyebut bahawa Najib akan menyokong Tengku Razaleigh, sejarah membuktikan Najib menyokong Mahathir. Akhirnya Mahathir menang dengan majoriti rendah. Pemerhati politik berpendapat kalau Najib tidak menyokong Mahathir, Mahathir akan kalah dalam pemilihan itu.
Najib meneruskan riwayat politiknya. Apabila Pak Lah meletakkan jawatan PM, Najib telah mengambil alih. Semua orang tahu yang Mahathir mantan PM itu telah memainkan peranan penting dalam pelantikan Najib itu.
Cuma selepas dua tahun Najib menjadi PM, Mahathir mula mengganggu tugas-tugas PM. Kebencian pada Najib sehingga Mahathir keluar dari UMNO. Hal ini diakui sendiri Mahathir baru-baru ini bahawa dia telah meyusun gerakan untuk menjatuhkan Najib sejak 2014 lagi.
Dalam mencari sebab-sebab mengapa Mahathir mahu sangat menjatuhkan Najib pada waktu ini, penulis harus punya mata yang banyak untuk melihat dan menganalisa fakta-fakta yang sahih dari pelbagai sudut untuk membuat kesimpulan, langsung membuat keputusan. Politik Malaysia ini salah satu cirinya ialah siapa yang bercakap dahulu maka ia yang benar. Keputusan tentang siapa yang mempunyai agenda kepentingan untuk diri sendiri, Najib untuk terus berkuasa atau Mahathir punya agenda kepentingan dirinya sendiri.
Kepada penulis, Mahathir boleh bergaduh dengan Najib bila-bila masa, dimana pun dan dalam hal apapun. Tapi bukan sampai tidak sayang kepada UMNO. Tidak sayang kepada UMNO adalah dosa besar pada perjuangan Melayu untuk negaranya sendiri!