You are here
Home > Featured > Manchester tewas. Sedih!

Manchester tewas. Sedih!

Photo via http://www.manchestereveningnews.co.uk

Pagi tadi jam 2.45 pagi 9 ogos 2017, Manchester United tewas 1-2 kepada Real Madrid (RM) dalam pertandingan Piala Super Eropah yang berlangsung di Skopje Macedonia. Sebelum itu satu pungutan suara yang dilakukan oleh peminat MU di Manchester memaparkan yang MU akan menang, 72% berbanding 28% bagi RM.

Peminat di sana sama saja dengan penulis ni. MU mesti menang atau MU musti menang bila menentang pasukan lawan. Tak kira bila atau di manapun. Pokoknya MU mesti menang. Demikianlah berdirinya penulis.

Pengulas pertandingan pagi tadi memberikan penguasaan bola atau menguasai permainan sebanyak 61% kepada RM dan selebihnya pada MU. Jauh perbedaan itu. RM hebat  di semua posisi dan menguasai bahagian tengah. Apabila bahagian tengah dikuasai Pasukan RM maka pasukan itu  mudah mengetuk pintu gol lawan. Dua kali pintu gol MU di selamatkan oleh tiang gol. Sebanyak dua kali juga peluang terbuka tersasar oleh pasukan RM. David De Gea pula berjaya menghalang RM menambah jumlah gol.

Gol pertama dijaringkan oleh pemain RM  Casamero pada minit ke 24. Gol kedua RM dijaringkan dalam separuh masa kedua RM pada minit 52 oleh Isco sementara gol pasukan MU pula oleh Lukaku pada minit ke 62 selepas beliau terlepas satu peluang keemasan sebelum itu.

Rating

Berikut adalah rating atau had pencapaian prestasi pemain-pemain MU semasa menentang RM. Sefaham penulis, angka penuh ialah 10:

VICTOR LINDELOF: 4

HENRIKH MKHITARYAN: 5

DAVID DE GEA: 7

NEMANJA MATIC: 8

ROMELU LUKAKU: 5

ANDER HARERRA: 4

ANTONIO VELENCIA: 7

MAROUANE FELLAINI: 6

MARCUS RASHFORD: 6

MATTEO DERMIAN: 5

CHRICH SMALLING: 5

JESSE LINGARD: 4

POUL POGBA: 5

Mari kita buat analisa sedikit. Bahagian terbaik yang berada dalam pasukan MU ialah bahagian gol, yakni penjaga gol yang memperoleh rating 7. Jika di perbandingkan dengan penjaga gol RM ternyata yang RM memerlukan seorang panjaga gol yang lain bagi menggantikan yang ada sekarang. Itulah sebabnya RM sentiasa bertingkah-tingkah dalam usaha membawa De Gea ke RM.  Demikian kata seorang pengulas.

Prestasi pemain yang kita beli pada musim 2017/18 ini seramai tiga orang dan mereka semuanya beraksi menentang RM, nampaknya prestasi mereka tidak memberangsangkan kecuali seorang. Tetapi penulis fikir kita harus melihat prestasi mereka secara individu. Rating paling tinggi ialah Nemanja Matic iaitu 8. Romelu Lukaku 5 dan Viktor Lindelof hanya 4.

Permainan Lindelof yang berusia 23 tahun tidaklah bagus. Pemain pertahanan ini dibeli dari Kelab Benfica dan Benfica bukanlah dari kumpulan kelab yang setaraf dengan MU dan RM. Dalam kata lain Lendelof tidak pernah bermain di peringkat tinggi, kata seorang pengulas.

Apapun penulis percaya kepada pemain ini. Dari gaya dan kesungguhan dia bermain tidak lama lagi dia akan berada di tengah tengah halaman Liga Juara-juara Eropah. Kita harus sabar menanti dengan memberi masa kepadanya.

Pemain Lukaku dibeli dari Everton, maknanya pemain ini adalah hasil cerna Liga Perdana Inggeris. Semasa permainan kelihatan Lukaku sedikit rendah dan ini memberi kesan kepadanya apabila merebut bola di udara. Pengurus MU telah memasukkan Marouane Fellaini, pemain tengah yang tinggi lampai untuk bermain disisi Lukaku sebagai  penyerang. Secara jujurnya, tektik Jose Mourinho yang tidak disangka  telah berhasil. Pada hemat penulis ini menandakan kepulangan Zlatan Ibrahimovic kepangkuan MU.

Kross ketawa mengejek

Satu perkara yang menjengkelkan hati penulis ialah apabila juru kamera sempat merakam pemain RM iaitu Kross yang sedang ketawa mengejek kepada Lukaku yang gagal menjaringkan gol walaupun peluang mudah telah terbuka padanya. Tidak mangapa kawan, ibrahimovic akan kembali dan Kross, kita akan jumpa lagi dalam liga Juara-juara musim ini.!

Matic yang berusia 27 tahun ialah pemain paling menyinar dalam skuat MU menentang RM malam tadi. Ratingnya 8. Pembelian paling bernilai dari Chelsea. Ramai bekas bintang Chesea mangatakan penjualan Matic kepada MU adalah satu kesilapan besar. Conte berkata dia mati-mati tidak mahu menjual Matic kerana Matic sangat bernilai kepada Chelsea.

Pemilik Chelsea, Roman Arkedyevich Abramovich berkata Matic dijual kepada MU kerana menghargai jasanya yang telah membantu Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali. Terima kasih Roman. Dan selamat datang Matic ke MU dan selamat berkarya!

Man of the match malam tadi ialah Isco dari pasukan RM. Kata pemain berasal dari Malaga ini selapas diumumkan sebagai pemain terbaik, “We are very hungry for title and have a spectacular squad”

Tahniah kepada RM!

So…jangan berduka penyokong MU. Kita tunggu dengan West Ham minggu depan.

AKU PENYOKONG MU

 

Leave a Reply

Top