You are here
Home > Spiritual > Perlukah lagi agama kepada manusia?

Perlukah lagi agama kepada manusia?

Image source: http://www.ucanews.com

ADA dua soalan ingin diteroka untuk artikel ini. Pertama, apakah peranan agama dalam tamadun manusia? Kedua, perlukah lagi sekarang?

Jika soalan pertama itu dijawab tidak ada apa-apa peranan, tentu sejarah mengenainya tidak akan ditulis. Namun, sejarah agama seakan-akan sama seusia dengan saat Adam diturunkan ke bumi ini, hingga ke hari ini.

Sejarahnya ada berwajah merah, berwajah pucat da nada berwajah putih berseri.

Dari segi bilangan manusia beragama dengan tidak beragamapun, jauh bilangannya manusia beragama, walaupun secara tepatnya perlu dilihat takrifan agama yang dugunakan dalam membuat kaji selidik.

Umumnya, statistik dua tiga tahun lalu mencatatkan, dalam kira-kira tujuh billion penduduk planet bumi ini, penganut agama terbesar kini ialah Kristian iaitu seramai 2.1 bilion, dikuti dengan muslim (1.5 bilion), tiada agama (1.1 bilion), Hindu (900 juta), Agama tradisi Orang Cina (400 juta), Agama peribumi (400 juta), Buddha (375 juta), Sikh (24 juta), Yahudi (14.5 juta), Shinto (4 juta) dan Taoisme (2.7 juta).

Selalunya, dari segi istilah, agama atau religion atau deen diertikan sebagai sama.

Secara etimologis agama berasal dari bahasa Sanskrit yang masuk dalam perbendaharaan bahasa Melayu (nusantara) dibawa oleh agama Hindu dan Budha. Agama berarti jalan. Maksudnya jalan hidup atau jalan yang harus ditempuh oleh manusia sepanjang hidupnya atau jalan yang menghubungkan antara sumber dan tujuan hidup manusia, atau jalan yang menunjukkan dari mana, bagaimana dan hendak kemana hidup manusia di dunia ini.

Religion pula bererti keyakinan akan adanya kekuatan ghaib yang suci, menentukan jalan hidup dan mempengaruhi kehidupan manusia yang dihadapi secara berhati-hati dan diikuti jalan dan aturan serta norma-normanya dengan ketat agar tidak sampai menyimpang atau lepas dari kehendak jalan yang telah ditetapkan oleh kekuatan ghaib suci tersebut.

Deen berasal dari bahasa Arab yang berarti undang-undang atau hukum yang harus ditunaikan oleh manusia dan mengabaikannya berarti hutang yang akan dituntut untuk ditunaikan dan akan mendapat hukuman atau balasan jika ditinggalkan.

Dari etimologis ketiga kata di atas maka dapat diambil pengertian agama (religion,din): (1) merupakan jalan hidup yang harus ditempuh oleh manusia untuk mewujudkan kehidupan yang aman, tenteram dan sejahtera; (2) bahwa jalan hidup tersebut berupa aturan, nilai atau norma yang mengatur kehidupan manusia yang dianggap sebagai kekuatan mutlak, ghaib dan suci yang harus diikuti dan ditaati. (3) aturan tersebut ada, tumbuh dan berkembang bersama dengan tumbuh dan berkembangnya kehidupan manusia, masyarakat dan budaya.

Dalam bacaan saya, kefahaman saya, misalnya Syah Waliullah dalam Hujjatullah Al Balighah, meletakkan empat tangga dalam memahami erti agama: Deen, Millah, Syariat dan Manahij.

Deen hanyalah satu. Islam. Fitrah.

Turun dari tangga Deen kepada millah, millah terbahagi kepada dua. Dari Idris hingga Nuh hingga kpd zaman Ibrahim – dinamakan millah sabiah (menyembah Allah melalui perantaraan). Dalam kumpulan ini termasuklah Hindu, Buddha, Toism, Kongfucian, Shinto, majusi dll.

Asas awal menyembah Allah dengan dibenarkan perantaraan tetapi lama-kelamaan masyarakat waktu itu hanya menyembah perantara, bukan lagi Allah (atau nama lain tak kisah). Jika ditanya ulama Hindu, mereka bukan menyembah patung. Mereka menyembah Wajibul-wujud (Allah). Pak turut kaum Hindu, ada yang tersesat sama seperti sebahagian pak turut kaum kita juga.

Dalam melihat kekeliruan masyarakat waktu itu, Ibrahim mereformasi millah itu untuk terus menyembah Allah. Bukan lagi guna perantaraan – al-Quran mengisyaratkan hal ini, apabila Ibrahim memerhatikan bulan…inilah tuhan aku; bila bulan hilang, dikatanya bukan tuhan aku. Juga sama dalam pemerhatiannya terhadap matahari.

Selepas Ibrahim a.s begitu yakin dengan akidah ini, terus berhubung dengan wajibul wujud, bukan lagi menggunakan perantara, sesuai dengan perubahan zaman, beliau mengasaskan millah hanifi. Millah bererti perkumpulan manusia dalam satu persatuan yang besar.

Kemudian, beliau memikirkan pula cara untuk umat manusia memilih cara itu. Bagaimana nak memimpin penduduk dunia? Quran menceritakan, beliau berdoa. Lalu, Allah memberikan idea padanya melalui anak-anaknya. Lagi Ibrahim terkejut kerana isterinya mandul dan dah tua.
Apabila Allah nak, dia akan cipta sebab-sebab ke arah itu.

Maka, lahirlah Ishak dan Ismail. Ibrahim meletakkan di tengah perjalanan peradaban dunia waktu itu (zaman Nabi Ibrahim ini sudah moden dan beliau dibesarkan sekitar lembah tamadun Babylon/mesopotamia. Diletakkannye Ishak di Palestin dan kemudiannya membangunkan Baitil Aqsa, sebagai pusat baru millahnya yang dinamakan Haniff.

Millah haniffi ini beribadan atau berdamping diri dengan Allah secara terus, tidak lagi kepada perantaraan.

Seorang lagi diletak di pertengahan perjalanan yang boleh dilalui melalui darat dan laut iaitu Makkah, dan dibangunkan Baitullah. Dengan harapan semua penduduk dunia pada suatu hari bersatu padu dengan Satu Allah, satu kiblat, satu tempat perhimpunan yang dinamakan Baitullah.

Dalam menjayakan hasrat Ibrahim ini, lahirlah syariat (tangga ketiga) yang dinamakan Yahudi (dengan kitab Taurat) dan agama Nasrani atau Kristian (dengan kitab taurat dan dilengkapi injil) di bawah jalur ketuunan Ibrahim melalui Ishak.

Di bawah tujuan dakwah antarabangsa Ibrahim yang kedua ialah melalui jalur Ismail, lahir Muhammad s.a.,w sebagai pelengkap semua nabi, dan menjernihkan kembali kitab-kitab lama yang mungkin keliru.

Muhammad bukan diturunkan untuk satu kaum sebagaimana kebanyakan nabi sebelum beliau, bahkan seruannya mesti menyempurnakan hasrat Nabi Allah Ibrahim, iaitu ke peringkat seluruh penduduk dunia.

Dalam mana-mana syariat itu, turun pula tangga keempat yang dinamakan manahij atau mazhab. Dlm syariat kita sekurang-kurangnya empat diiktiraf sebagai ahli sunnah. Dalam kristian pun ada pelbagai mazhab.

Dari ibadah di peringkat Deen, sama sahaja sejak awal dunia hingga ke hari ini.

Peringkat Din ini, tiada rupa.

Di peringkat millah dan syariat itu dah berupa. Ambil solat…semua ada solat. Rupanya berbeza. Solat, misalnya, untuk berdamping diri dengan wajibul wujud dan mengangungkan seagung2nya. Rupa berbeza. Ada yang hanya berdiri dengan sedikit tunduk. Ada yang hanya tunduk.

Sesiapa yang suka mengkaji al-Quran akan ternampak jelas, Al-Quran ini untuk semua manusia. Dalam contoh solah, Quran tidak nyatakan rupa solat. Syariat atau hadis membentuk rupa solat.

Perlukah manusia kepada agama?

Dalam diri manusia ada spiritual atau ruh yang perlunya disempurnakan ‘kehendakknya’, sebagaimana diciptakan perut danperlu disempurnakan kehendak perut iaitu makan.

Jika manusia tidak mahu makan beberapa hari, dia akan mengalami hukuman semulajadi – mungkin mati. Jika tidak minum beberapa hari, hukumannya akan dehidrasi, yang juga mungkin membawa mati.

Kambing dan lembu tidak memakan daging, manakala harimau atau singa tidak pula ditakdirkan memakan rumput. Jika mereka mengubat tabiat itu dengan cara kambing memakan daging manakala harimau memakan rumput, maka akibatnya – mati.

Manusia juga akan mati ruh diri atau akan dihukum secara semulajadi kerana melanggar fitrahnya apabila tidak memberikan ‘makanan’ sesuai kepada ruhnya.

Apabila manusia hanya memberi tumpuan kepada hal-hal tamadun tanpa mempedulikan akan kehendak-kendak fitrah, atau sebaliknya hanya menumpukan kepada hal-hal spiritual tanpa mempedulikan hal-hal tamadun, perut jasmani dan perut ruh akan kelaparan.

 

Leave a Reply

Top