
Tiga tahun selepas Merdeka, dan sebaik sahaja anak lelakinya Lim Guan Eng dilahirkan, Lim Kit Siang membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia dan membina kehidupan baru di Singapura. Beliau membuat keputusan itu kerana hubungan akrab beliau dengan pemimpin Singapura Lee Kuan Yew.
Kit Siang memulakan karier politiknya dengan menjadi setiausaha politik kepada C.V Dewan Nair yang kemudiannya dilantik menjadi presiden ke tiga bagi Singapura.
Bila Singapura terpisah dari Malaysia pada tahun 1965, sesiapa yang tinggal di Singapura hendaklah memilih satu kerakyatan sahaja iaitu samaada Malaysia atau menjadi warganegara Singapura. Kit Siang telah dengan bangganya memilih menjadi warganegara Singapura.
Apabila Singapura bukan lagi sebahagian dari Malaysia, parti milik Lee Kuan Yew PAP tidak boleh lagi beroperasi di Malaysia. Jadi Kuan Yew telah mengarahkan Devan Nair supaya menubuhkan parti baru bagi pihak PAP dengan diberi nama baru DAP. Dua bulan setelah DAP ditubuhkan Lee Kuan Yew mengarahkan Kit Siang kembali ke Malaysia untuk menguruskan parti DAP dengan mendapat dana dan bantuan teknikal 100% dari Lee Kuan Yew Singapura. Kerana Lee Kuan Yew mempunyai nafsu besar, ia bukan sahaja ingin menguasai singapura, tetapi juga mensasarkan sebahagian semenanjung Malaysia yang kawasan majority China untuk dikuasai. Maka dari situlah bermulanya karier politik Kit Siang.
Oleh kerana pada waktu itu pengaruh komunis sangat kuat dikalangan orang China, dan oleh kerana Patri Komunis Malaya telah gagal mendaftar secara sah di Malaysia, maka ideologi dan semangat komunis meresap kedalam DAP, kebetulan pula Pengurusi Parti Komunis Malaya Chin Peng merupakan sepupu kepada Kit Siang.
PAP dan DAP meniru acuan Republik Korea Utara, kedua-dua PAP dan DAP lebih selesa dengan republic, Kuan Yew dan Kit Siang sangat mengidolakan pemimpin tertinggi Korea Utara pada waktu itu Kin II-Sung. DAP dan PAP kedua-duanya anti institusi beraja atau monarki, sebab itu DAP memberi arahan kepada pimpinan DAP seluruh Negara agar tidak menerima anugerah kebesaran yang dikurniakan oleh Raja-raja Melayu atau oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sekalipun. Bahkan memakai pakaian rasmi yang bercirikan kemelayuan sekalipun tidak dibenarkan. Mereka sanggup tidak berjumpa mengadap Raja-raja Melayu jika diarahkan untuk memakai pakaian rasmi mengadap termasuk bersongkok.
Jika kita boleh mengimbau kembali modus operandi yang digunakan oleh Kuan Yew pada masa itu, kita hampir tidak menjumpai sebarang perbezaan dengan apa yang dilakukan oleh Guan Eng kepada rakyat Malaysia pada hari ini.
Lee Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu demi menambat hati orang melayu Islam. Turun naik masjid adalah suatu kebiasaan. Penampilannya yang berbaju Melayu dan berkain pelikat dan bersongkok menambah keyakinan orang Melayu untuk mendokongnya, namun setelah Lee Kuan Yew sudah ditampuk kuasa apa yang berlaku?
Orang Melayu Islam ditinggalkan dan dinafikan hak-haknya. Mereka disisihkan selama 20 tahun daripada menyertai latihan wajib khidmat negara , kouta pendidikan yang tidak melebihi 25% daripada kaum lain, para profesional Melayu sukar menjawat jawatan tinggi terutama di firma Cina tempatan selain jumlah perwakilan Melayu di parlimen juga dihadkan bilangannya. Tidak kurang juga suara lantang yang memperjuangkan hak samarata antara kaum dan agama ditahan dan didera.
Seolah-olah apa yang diperlihatkan sebelum ini tidak pernah berlaku. Lee Kuan Yew dikenali sebagai pemimpin yang bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap tidak puas hati kepada Melayu Islam. Akhirnya, keturunan Melayu hidup tersisih di singapura dan mengemis simpati dibumi sendiri.
Mari kita soroti pula lakonan DAP :
- Meyakinkan muslim bahawa mereka memperuntukkan dana yang besar untuk masjid, aktiviti kebajikan dan kepada golongan huffaz
- Guan Eng menunjukkan kekaguman beliau terhadap khalifah Umar Abdul Aziz dan pandai memetik ayat-ayat al-quran ketika berceramah
- Demi mengekalkan sokongan muslim kepada DAP, Zairil Kher Johari yang pada asalnya kalah untuk mendapat tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), akhirnya terpilih atas alasan ralat dalam proses permindahan pengiraan undi
- Wakil rakyat sering menggunakan ayat al-quran untuk berceramah dalam masjid, meraikan hari kebesaran Islam bersama-sama dan memberi hadiah kepada Ini semua lakonan semata-mata. Ia langsung tidak merugikan perjuangan DAP pun, malah lebih menguntungkan mereka dengan memikat hati orang-orang Melayu Islam.
Namun pada hakikatnya, ini antara yang berlaku :
- DAP menentang hudud , RUU355 dan pembentukan Negara Islam. Sudah jelas apa yang diperjuangkan mendiang Karpal Singh dan Lim Guan Eng menampakkan sikap anti Islam DAP.
- DAP berjaya memonopoli keputusan majlis presiden PR dalam isu kalimah Allah walaupun tidak dipersetujui oleh majlis syura PAS
- Peruntukan yang lebih BESAR diperuntukkan untuk membangunkan agama kristian, pembinaan gereja dan menyebarkan dakyah Kristian, oleh kerana hamper 100% pimpinan kanan DAP beragama keristian, malah aktivis keristian.
- Wakil rakyat DAP menggunakan politik sebagai medium dakyah kristianisasi mereka. Mereka adalah pendakyah dahulu sebelum ahli politik. Contohnya memberi angpau bercetak bible, berceramah di masjid, memberi limau sempena tahun baru China dan sebagainya.
Adakah orang Islam tidak terfikir, lakonan yang ditunjukkan yang mereka DAP sangat mengagumi Islam, tokoh-tokoh Islam dan ayat-ayat al-quran sedangkan mereka sendiri tidak beriman dan beramal dengannya malahan anti Islam?
DAP dan PAP kedua-duanya adalah parti cauvinisme. Mereka sekali-kali tidak akan memberi peluang kepada Melayu Islam untuk berkuasa. Kesamaan antara dua parti ini bukan suatu kebetulan, tetapi dua ranting dari pohon yang sama.
DAP adalah serpihan PAP, sejarah Melayu singapura bakal diulangi oleh Melayu Malaysia jika kita tidak belajar dari sejarah Singapura.
DAP cuma perlukan pengundi lebih kurang 200 Ribu dan Sokongan 50% Undi Melayu Untuk Menang dalam PRU14 yang kian hampir. Cuba kita bayangkan pada PRU13 yang lalu, bagaimana majority luar biasa telah dimenangi oleh DAP di Pulau Pinang dan juga Selangor.Dari manakah datangnya pengundi yang begitu banyak sekali.
DAP secara berleluasa memindahkan para pengundi dalam usaha untuk mencipta kemenangan lebih besar pada pilihan raya akan datang. Selain pemindahan pengundipengundi lama dari kawasan-kawasan yang sudah pasti akan dimenangi oleh DAP, parti pembangkang itu juga giat memindahkan pengundi-pengundi baru ke kawasan-kawasan yang boleh memberikan kemenangan kepada mereka secara giat.Maka tidak hairanlah, kawasankawasan seperti Sementa, Lembah Jaya, Kajang dan sebagainya menyaksikan lebih ramai pengundi Cina pada PRU-13 (Pilihan Raya Umum ke-13) nanti. Itulah juga sebabnya, apabila SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) melakukan pembersihan dan pengaturan semula, pihak yang paling kuat memekak adalah DAP. Pakatan pembangkang sedar bahawa sokongan daripada rakyat, khususnya pengundi Melayu semakin berkurangan dan seandainya dibiarkan berterusan tanpa helah pemindahan pengundi maka pembangkang terutama PKR akan berkubur manakala DAP pula hanya akan kekal sebagai sebuah parti kecil-kecilan seperti sebelum 2008.
DAP merupakan pelopor kepada teknik pemindahan pengundi. DAP tahu, kawasan-kawasan di mana mereka menang besar seperti di Ipoh Barat, Ipoh Timur, Tanjung, Petaling Jaya Selatan dan sebagainya menyediakan lebihan pengundi yang tidak diperlukan pun. Daripada membazirkan pengundi-pengundi tersebut, adalah lebih baik mereka dipindahkan ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dirampas oleh DAP.
Perlu juga kita lihat bagimana keputusan Pas yang bertanding di 60 kerusi daripada keseluruhan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13. menyusut tujuh kerusi berbanding jumlah yang ditandingi parti itu pada 2008.Katanya, persoalannya apakah tujuh kerusi yang dilepaskan itu untuk diserahkan kepada sekutunya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP yang pernah berura-ura mahu meletakkan calonnya di kawasan majoriti Melayu.
Rakyat harus ingat sekiranya DAP memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya pada PRU-14 nanti, ia masih belum cukup bagi parti itu menubuhkan kerajaan atau membuat pindaan Perlembagaan dengan majoriti dua pertiga. Dengan itu kaedah menindahkan pengundi dilakukan secara senyap.Sekarang ini, rakyat secara jelas melihat strategi DAP hanyalah untuk memindahkan kuasa daripada UMNO/BN kepada DAP/PR. Pas sedikit demi sedikit dianggap sebagai sebuah parti yang bukannya berjuang untuk agama, tetapi lebih cenderung kepada perasaan cemburu serta dendam lama terhadap UMNO.
Dalam statistik yang telah dikeluarkan oleh roketkini, kita akan dapat membuat perkiraan bahawa DAP sekarang sedang memberikan tumpuan kepada kawasan kawasan yang kalah tipis dan berusaha untuk memindahkan pengundi kesana bagi menguat dan memenangi kerusi tersebut. DAP juga mendapat manfaat apabila menjadi anggota PR dan perlu terus bergerak dalam kerangka kerja PR yang berasaskan kerjasama dan saling kebergantungan untuk memenangi lebih banyak kerusi.
Daripada segi jumlah kerusi parlimen dan negeri yang dimenangi, DAP telah melangkah jauh sejak 1999.Daripada hanya memenagi 10 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN di Semenanjung Malaysia pada PRU 1999 serta 11 kerusi Parlimen dan 15 DUN pada PRU 2004, DAP terus melonjak jauh dengan memenangi 26 kerusi Parlimen dan 72 kerusi DUN pada PRU 2008.Jumlah kerusi yang dimenangi DAP terus meningkat pada PRU 2013 dengan 31 Parlimen dan 91 DUN di Semenanjung Malaysia.Peningkatan jumlah kerusi yang dimenangi DAP pada 2008 dan 2013 berlaku di kawasan yang gagal dimenangi DAP sebelum itu iaitu di kawasan yang pengundi Cina kurang daripada 60%.
Contohnya, pada 1999 hanya satu daripada 10 kerusi Parlimen yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Nibong Tebal, Pulau Pinang, 47% pengundi Cina) dan hanya satu daripada 11 kerusi DUN yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Bachang, Melaka, 45% pengundi Cina).Pada 2004, tidak ada satu pun kerusi Parlimen yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% dan hanya satu daripada 15 kerusi DUN yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Sekinchan, Selangor, 57% pengundi Cina).
Keadaan berubah pada 2008 apabila 11 daripada 26 kerusi Parlimen (42%) yang dimenangi DAP mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Tiga daripada 11 kerusi Parlimen ini (Puchong, Seremban, Bakri) mempunyai lebih 40% pengundi Melayu.Daripada 72 kerusi negeri yang dimenangi DAP pada 2008, sepertiga (24 kerusi) mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Dua daripada 24 kerusi ini mempunyai pengundi Melayu lebih daripada 40% (Sekinchan dan Bachang).
Walaupun PR belum dibentuk menjelang PRU 2008, DAP jelas mendapat manfaat daripada penyelarasan dengan PAS dan PKR bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, selain kerjasama menerusi beberapa gerakan, termasuk Bersih 1.0.Kerjasama rasmi menerusi PR telah membantu DAP memenangi lebih banyak kerusi pada 2013.Daripada 31 kerusi Parlimen yang dimenangi DAP itu, 16 (52%) mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Malah, sembilan daripada 15 kerusi berkenaan mempunyai kurang daripada 50% pengundi Cina (lihat Jadual 2).Banyak kerusi Parlimen yang gagal dimenangi DAP pada 2008 tetapi berjaya direbut pada 2013 merupakan “kerusi campuran”, termasuk Kluang (49% Cina), Gelang Patah (52% Cina) dan Kulai (56% Cina).
DAP juga berjaya memenangi kerusi Parlimen Raub yang majmuk (49.7% Melayu dan 40.3% Cina). Ini adalah pencapaian besar DAP daripada banyak segi.Daripada 91 kerusi DUN yang dimenangi DAP, hampir separuh daripadanya – 44 kerusi (48.4%) – mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60%. 15 daripada 45 kerusi berkenaan mempunyai kurang daripada 50% pengundi Cina (lihat Jadual 3).Lebih penting daripada itu, DAP memenangi tiga kerusi negeri yang merupakan kerusi majoriti Melayu, iaitu Derga, Kedah (56% Melayu), Mentakab, Pahang (52% Melayu) dan Duyong, Melaka (50.3% Melayu).
DAP tidak mungkin dapat meningkatkan bilangan kerusi yang dimenanginya tanpa peningkatan sokongan orang Melayu, hasil kerjasama dalam PR, khususnya bagi kerusi yang jumlah pengundi Melayunya agak besar.Kerjasama dan saling bergantungan dalam PR inilah yang akan terus mengukuhkan DAP dan memperbaiki pencapaiannya pada PRU ke-14. Dalam PRU ke -14 nanti kita kan lihat pertembungan diantara blok PR yang didominasi oleh DAP melawan UMNO dan PAS yang rata-rata didominasi oleh Melayu muslim.