You are here
Home > Featured > Wajah Jose Mourinho: Manchester United 4- O West Ham United

Wajah Jose Mourinho: Manchester United 4- O West Ham United

Permainan MU yang cukup menarik, cergas, pantas, bergaya dan menghiburkan serta dipenuhi dengan kemahiran penguasaan bola yang mantap. Demikian pasukan MU menyambut perlawanan pertama mereka menentang West Ham United bagi musim baru EPL 2017/18 di halaman sendiri, di Teater Of Dream Old Traford. Perlawanan berlangsung pada 13 ogos 2017 jam 11 malam, waktu tempatan.

Melihat persembahan dan permainan pasukan MU malam tadi ternyata permainan seperti itulah yang dinanti-nantikan peminat. Peminat selalu mahukan permainan pasukan sokongan mereka bermain dengan cara yang menghiburkan dan menyeronokkan. Puncak kepada permainan menghiburkan itu ialah dengan menjaringkan gol dan gol itu pula hendaklah dijaringkan dengan penuh bergaya. Seorang pengulas menyebut bahawa permainan malam tadi adalah permainan terbaik sejak berakhirnya era Alex Furgeson.

Kedudukan selapas permainan ialah 4-0. Romelu Lukaku telah menjaringkan 2 gol di minit ke 33 dan minit ke 52. Anthony Martial minit ke 87 dan Paul Pogba minit yang ke 90.  Kemenangan dengan jumlah jaringan ini membawa MU berada di tangga teratas Liga. Pendatang baru Huddersfield menduduki tangga kedua dengan kemenangan 3 jaringan. Apa pun kata Mourinho musim lepas juga kita demikian memenangi perlawanan pertama tetapi di akhir musim kita berada di tangga keenam.

Yang dipilih sebagai Man Of The Match ialah Namanja Matic yang mendapat 73%, Lukaku 17% dan Pogba 9%. Dalam rencana yang lalu penulis  telah mengucapkan selamat datang dan selamat berkarya di MU. Malam tadi dia dia telah berkarya,menunjukkan kebolehan dan kemahirannya.

Matic telah melakukannya dalam perlawanan pertama semalam. Selaku seorang general yang pintar dan berpengalaman dia mengatur gerakan pasukannya dari tengah padang. Makalele MU ini begitu bergaya dalam permainannya, merebut bola dari kaki lawan, membuat tekel yang berkesan kemudian dia melorongkan bola kepada rakan  yang berada di tempat yang boleh memporak perandakan pertahanan lawan. Keistimewan Matic ialah matanya yang tajam dapat memilih ruang yang membahayakan pasukan lawan. Dengan kemahiran mengawal bola yang baik dia mampu melorongkan bola dengan tepat kearah yang pilihnya.

Maticlah pada malam itu yang merancang gerakan pasukannya dan dialah juga yang menyusun pertahanan pasukan bila bertahan. Kelihatan Jose Mourinho menerap falsafah Johan Cruff iaitu permainan Total Football di mana bertahan dan menyerang dilaksanalan oleh semua pemain yang berada di atas padang. Suatu ketika semasa di separuh masa kedua kita menyaksikan Rashford berada di garisan gol pasukan sendiri bertahan membantu rakan-rakan. Pendekatan dan penyerapan falsafah itu telah menambah menariknya permainan yang dipamirkan MU. Hal ini jelas kelihatan betapa meriahnya pasukan MU melakukan counter attack. Penonton menyaksikan satu permainan yang hidup, yang mempersonakan dan memberikan kepuasan!

 

Prestasi Pemain

Berikut adalah prestasi pemain yang dikeluarkan oleh MU.

Mancheter United:

David De Gea 6/10, Antonio Valencia 7/10, Phil Jones 7/10, Eric Bailly 6/10, Daley Blind 8/10, Nemanja Matic 10/10, Paul Pogba 8/10, Henrikh Mkhitaryan 8/10, Juan Mata 7/10, Marcus Rashford 8/10, Romelu Lukaku 9/10, Anthony Martial 8/10. (Pemain gantian)

West Ham United:

Jeo Hart 5/10, Pablo Zabaleta 5/10, Wiston Reid 6/10, Angelo Ogbonna 5/10, AthurMasuaku 4/10, Mark Nivel 4/10, Pedro Obiang 5/10, Eldimilson Fernandez 5/10, Andre Ayew 5/10, Marco Arnautovic 5/10, Javier Harnandez 6/10.

Morinho telah menyusun pasukan yang dikehendakinya. Peminat telah terhibur dan berpuas hati termasuk terhadap Mourinho. Peminat telah mula memperbandingkan Matic dengan Messi Barcelona. Malah ada peminat yang menyebut, “Apa perlu kita ada Messi jika sudah punya Matic!”.Begitu mereka melihat Metic.

Apapun pandangan peminat terhadap pasukan mereka, mereka harus menjawab soalan berikut. Apakah pemain yang ada sekarang ini sudah cukup untuk untuk membolehkan Mourinho dan pemainnya menjulang Piala Liga Perdana Inggeris musim ini. Dapatkah mereka merapasnya dari tangan Chelsea? Ramai yang memberikan pandangan bahawa MU boleh melakukannya pada musim ini, dengan harapan tiada kecederaan yang serius menimpa pemain.

Soalan berikutnya ialah, bolehkah dibawa pasukan ini bermain di pentas Eropah dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Peminat pasti terkedu mahu menjawabnya. Di ruang mata mereka kelihatan Neymar dengan PSG, Messi dengan Barcelona, Ronaldo dengan Real Madrid dan Thomas Muller dengan Bayern Munich. Itu belum lagi dimasukkan pasukan dari Itali.

Jika dianalisa, Mourinho memang memerlukan pemain lagi untuk bermain di pentas Eropah. Pihak pengurusan mesti segera memenuhi kehendak Mourinho. Hanya beliau yang tahu, bukti telah ditunjukkan dengan memenangi 4-0 keatas West Ham.

 

 

Leave a Reply

Top