
Kali ini Burung Punai (BP) mahu terbang pusing-pusing tengok Alam Melayu. Tengok hati budi Melayu. Tengok tilam empuk tempat orang Melayu tidur, tengok fisabilillah orang Melayu, nak tengok juga merdeka orang Melayu.
Sebenarnya BP tak nak serius menulis hal ini, nak santai-santai saja. Baru la syok baca. Ada hibur-hibur sambil makan cabai Melaka!
Melayu masyarakat pembeli, ini diakui semua orang, semua rakyat Malaysia. BP pun percaya juga. Orang lain masyarakat penjual, masyarakat peniaga. Orang Melayu orang berhutang, orang lain pemberi hutang sampai dia orang ada Abang Longlah, untuk tengok hal-hal hutang ni. Abang Long ni tak ada pun lesen tapi boleh sangkut iklan mereka di semua tiang letrik di tepi jalan. Percuma, takpayah bayar. Best!
Abang Long ni baik sebab bagi pinjam duit. Semua orang suka, tapi awas abang Long ni bukan baik saja tapi bisa saja jadi Malaikat Maut. Melayu le yang banyak pinjam sebab orang Melayu pandai menjual masa depannya. Beban! Yang beban masa depan bawa masa ni. Beban masa depan bawa ke mana? Aduhai.
Orang Melayu bila masuk kedai pakai beli barang saja. Tak fikir pun yang barang tu keluaran siapa. Keluaran orang Islam atau keluaran orang bukan Islam.
Misalnya beras, dalam banyak-banyak beras tu, pelbagai jenama ada. Jenama apa yang kita beli? Tahu kita yang mana beras keluaran orang Islam. Kalau kita pakai hentam saja beli atas dasar, “Aku punya duit aku punya suka,” maka gulung tikarlah peniaga Melayu. Tak keluar-keluar lagilah peniaga Melayu. Orang Melayu sendiri tak mahu beli barang keluaran bangsanya.
Itu baru cerita beras. Cerita barang lain? Cerita perniagaan perkhidman lagi bagaimana halnya pulak. Tentu sama je kan!
Penduduk Malaysia ada 31 juta. 65% orang Melayu. Kalaulah 30% sentiasa beli beras keluaran orang Melayu maka dalam setahun saja si Melayu pengeluar beras tu jadi jutawan atau billionwan! Maka dia akan bayar zakat dan ramai anak yatim boleh makan dan boleh ngaji! Kita kena pandai baca hal ini kerana kita hendak hidup dengan makmur dalam negara kita.
“Nanti kau tahu ertinya sepi, Bagaikan pisau menghiris hati, Nanti kau tahu ertinya rindu, Bagai tersusuk duri sembilu. Batin akan tersiksa, Jasad pasti merana.” Rahmat Ekamatra.