You are here
Home > Santai > 4 sebab mudah anda perlu lakukan aktiviti berbasikal

4 sebab mudah anda perlu lakukan aktiviti berbasikal

BERBASIKAL adalah aktiviti yang menyeronokkan dan agak mudah. Ia juga salah satu cara pengangkutan yang jauh lebih murah berbanding
daripada kereta dan selamat untuk alam sekitar. Memandangkan semakin ramai orang yang berminat untuk menjalani kehidupan yang sihat dan aktif, berbasikal adalah satu senaman berbentuk aerobik yang terbaik yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan dan kecergasan. Jika anda belum pernah mencuba, di sini adalah beberapa sebab mengapa anda perlu cuba lakukan aktiviti berbasikal.

1. TURUNKAN BERAT BADAN

Kajian mendapati bahawa badan akan terus membakar kalori dan lemak sehingga beberapa jam selepas berbasikal. Oleh itu, berbasikal selama 30
minit mungkin membantu anda membakar kuantiti yang lebih tinggi daripada jumlah kalori untuk beberapa jam selepas anda berhenti berbasikal.
Digabungkan dengan diet yang sihat berbasikal pasti boleh membantu anda mencapai matlamat berat badan anda.

Apabila kita lebih cergas, lebih banyak manfaat yang kita perolehi. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa penunggang basikal yang
menggabungkan kayuhan cepat secara berselang seli semasa berbasikal, mampu membakar lemak tiga kali lebih cepat berbanding dengan kayuhan
pada kelajuan yang lebih perlahan.

2. TIDUR LEBIH BAIK

 

Satu perjalanan berbasikal awal pagi dalam jangka masa pendek mampu membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti pada waktu malam.

Satu kajian penyelidikan dari Stanford University School of Medicine melaporkan bahawa mereka yang mengalami gangguan tidur dan apabila berbasikal selama 20 – 30 minit setiap hari bukan sahaja membolehkan mereka tidur lebih cepat tetapi juga dapat tidur lebih lama daripada biasa, iaitu sebelum melakukan aktiviti berbasikal.

3. TINGKATKAN KECERDASAN OTAK

Membuat persediaan bagi peperiksaan atau penampilan penting? Cubalah berbasikal. Kajian saintifik telah mendapati bahawa berbasikal secara
konsisten dan kerap membawa kepada peningkatan sehingga 15 peratus dalam ujian mental. Ini kerana berbasikal membantu membina sel-sel otak
baru yang boleh meningkatkan fungsi ingatan dan otak kita.

Selain itu, ia meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak yang seterusnya menjelaskan bagaimana senaman membantu dalam mengatasi gangguan perasaan dan fungsi ingatan.

4. NIKMATI KUALITI KESIHATAN BERSAMA KELUARGA

Berbasikal adalah aktiviti yang boleh lakukan bersama-sama keluarga. Kanak-kanak kecil ikut serta berbasikal beriringan bersama keluarga.

Hasil kajian yang mengujakan iaitu, kanak-kanak boleh dipengaruhi oleh pilihan senaman ibu bapa mereka. Secara ringkasnya, jika anak-anak melihat anda menjadikan berbasikal sebagai senaman rutin, mereka akan berfikir bahawa  ia adalah normal dan secara semulajadi mereka akan mencontohinya.

Berbasikal tidak membebankan sendi yang membolehkan datuk dan nenek juga boleh menyertai aktiviti ini bersama keluarga.

 

BERSEDIA, MULAKAN BERBASIKAL

Ingat, seperti mana-mana aktiviti, ia mengambil masa untuk belajar menggunakan basikal. Kedudukan semasa menunggang basikal mungkin tidak selesa, terutamanya di tempat duduk. Adalah disyorkan untuk memakai seluar dan pelana empuk untuk mengurangkan ketidakselesaan tersebut.
Mulakan dengan 15-20 minit berbasikal dan meningkatkan kelajuan sedikit demi sedikit.

Jika anda merasakan kesakitan pada lengan, bahu dan leher, cuba untuk tidak menggenggam kuat dan menukar posisi tangan anda pada hendal lebih kerap.

Beberapa penunggang basikal tidak suka kasut yang mengunci ke pedal. Jadi pastikan anda selesa di atas basikal dan biasakan mengubah kedudukan kaki anda dengan kerap. Walau bagaimanapun, ingatlah semua faedah berbasikal boleh membantu anda kekal bermotivasi.

Berhati-hati kepada pejalan kaki dan pelari apabila anda mengayuh melepasi mereka dan nikmati perjalanan anda.

Leave a Reply

Top