You are here
Home > Satira > Todi Oh Todi!

Todi Oh Todi!

En. Maniam adalah seorang manager estate. Masih teruna dan muda orangnya. Muda yang terang-tangtang tau! Walaupun hidupnya jauh dalam estate, jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur, tetapi En. Maniam selalu ke Kuala Lumpur. Makan angin menjamu minda. Dan makan macam-macam makan lagi. Yang En. Maniam gemar ialah makan Yong Tou Fuu panas suam-suam manis, Tose dengan kari kepala ikan tongkol, Nasi Dagang campur budu. Lepas tu upacara lahapnya ditutup dengan teh tarik halia campur madu kelulut. Jika En. Maniam bercuti selama seminggu di KL, maka selama tujuh hari itulah beliau baham tiga jenis makanan itu saja dan minumnya tidak ditukar-tukar. Pantang kalau tukar. Barulah Patriotik!

Bukan saja KL, En. Maniam telah melayan mindanya sampai ke bandar raya-bandar raya besar di planet Earth ini. New York, London, Tokyo, Paris, Johannesburg, semua En. Maniam telah sampai malah Vladisvostok yang sejuk pun juga sudah. En. Maniam berhasrat untuk sampai di Timbuktu tahun depan. Ketika ke bandar-bandar berkenaan En. Maniam membawa bersamanya makanan Malaysia yang sangat digemarinya itu sebagai bekalan. Sampai sengetlah MAS Boeing 747 kerana berat dan banyaknya makanan En.Maniam tu.

En. Maniam punya kegemaran, tapi bukan todi. Sebab dia tau mana yang baik mana yang buruk untuk kesihatan. Ini boleh jadi En.Maniam sebagai seorang Pengurus Estate selalu tinggal di ladang; di tempat yang banyak hijau-hijau. Pasal selalu tengok hijau-hijau itulah En. Maniam tahu beda buruk dengan baik bagi dirinya.

Satu tabiat En. Maniam ni, bila di luar Negara dia akan berkempen. Berkempen pada semua orang tak kira orang tu orang hijau ke, orang putih ke, orang kuning ke ataupun orang hitam ke. Semua En. Maniam akan kempen. Kempen suruh lawat negara yang best di dunia, Malaysia. Di Malaysia saja ada orang India hidup sama orang Melayu, orang Khadazan, orang Cina, orang Iban, orang asli dan orang Penan serta macam-macam orang lagi ada. Yang Kelabu Asap pun ada.

Di Fifth Avenue En. Maniam sampai panjat peti surat besi tu lalu berkempen suruh Mat Salleh dan Pak Itam Amerika melawat Malaysia. Di Oxford Street pula En. Maniam sampai naik atas pondok telefon merah dan berpidato berkempen suruh melawat Malaysia. Begitulah semangat patriotik En. Maniam, sama naik dengan semangat PM kita!

Tapi kerja mesti kerja. Patriotik saja tidak cukup. Ladang getah mesti tengok. Musti jaga! Baru susu getah boleh banyak, jadi untung pun ada.

Tapi baru-baru ni En. Maniam sedar. Sedar pasal hasil ladang sudah kurang. Kurang dari tahun lepas. Banyak kurang. En. Maniam risau sudah. Risau sebab bukan saja Lembaga Pengarah akan tanya apa sebabnya tapi kewibawaannya jelas menurun dipersoal nanti.

Cari punya cari sebab En. Maniam jumpa sebab. Dapat sebab! Inilah kelebihan En. Maniam. Dia tau di mana sebab berada, di mana sebab duduk, dia tahu itu. Bila dah tahu sebab, En.Maniam senyum. Senyum sampai tersengeh-sengeh, sampai tengok pokok getah tua pun sengeh, tengok minaci bawak susu getah pun sengeh sehingga giginya macam salji itupun sengeh jugak. “Ini Maniam la tau! Ex UPM. Siapa saja belajar di UPM mesti best, macam saya ni!” kata En. Maniam pada diri sendiri.

Sebab ini sebab biasa. Pensyarah PhD nya pun ada beritahu. Ini masalah pekerja, masalah produktiviti yang kurang, sebab pekerja tidak boleh kerja kuat. Selidik punya selidik jadilah En. Maniam seorang penyelidik lalu berjumpalah masalah. Masalah punca ladang rugi. Masalahnya hampir 100% pekerja sudah minum todi. Jadi kaki todi. Sebab itu prestasi orang kerja dan ladang punya hasil ada turun.

Sekarang sudah jelas. “Ini Maniam tau, dari isu Maniam sudah jumpa masalah. Syabas Maniam!” puji lagi pada diri sendiri, tapi hal puji diri itu En.Maniam tidak beritau orang lain. Sendiri juga!

En.Maniam tidak risau. Sebab En.Maniam pakar motivasi. Mat Salleh punk kat Marbel Arch terpikat sampai terguling-guling atas jalanraya London kerana terpesona dengan kaedah dan gaya motivasi En.Maniam. Sampai Majlis Punk London berura-ura untuk membawa semua para punk jantan pompuan di Londan  melawat Malaysia. Sampai macam tu penangan motivasi En. Maniam!

Bila sudah tau masalah, bertindak mesti cepat. Masalah dan Bertindak Cepat macam sepasang kekasih! Tak boleh pisah-pisah, sangat berdosa kalau pisahkan. Maka En. Maniam bertindaklah…

“Hello Siva! Ini petang saya mau jumpa semua pekerja. Tempat biasa juga,” En. Maniam beri arahan.

“Mesti ada pasal besar ni Misterr Maniam!” Tanya Siva, Mandur estate.

“Oh mesti juga,”

Petang itu En.Siva kumpul semua pekerja. Semua datang pasal pekerja sayang dan cinta sama En. Maniam.

Bila semua terkumpul, En.Maniam suruh semua duduk. En. Maniam pun mula start motivate pekerjanya. Memang En. Maniam nombor satu..

“Lihat, saya punya tangan ada pegang apa,” En.Maniam tanya dengan lantang.

Semua tak jawab. Senyum juga.

“Mandurr…apa dalam saya punya tangan?”

“Gelas juga tuan..,” jawab Siva.

“Mandurr.., dalam saya punya tangan kanan apa?”

“Botol juga tuan..!”

“Mandurr…, dalam botol dalam saya punya tangan ada apa?”

“Todi juga tuan,”

“Mandurr…, apa saya buat?”

“Itu todi tuang masuk itu gelas,”

“Mandurr…, ini satu benda tangan kanan saya pegang, apa ini benda?”

“Cacing juga tuan,”

“Mandurrr…, ini cacing apa saya buat?”

“Masuk dalam todi itu gelas punya!”

“Mandurr…, apa sudah jadi sama itu cacing?”

“Itu cacing mati juga tuan…,”

En. Maniam senyum. Gembira tak boleh kira. Mandurnya pandai. Pekerjanya mengangguk tanda faham. En. Maniam puas hati sebab menyampaikan motivasi dengan baik..minum todi tidak baik untuk kesihatan. Dalam bayangan En. Maniam sudah nampak pun susu getah mengalir dengan laju….

Masa nak balik En. Maniam tanya pada semua pekerja..

“Ada faham itu cerita?”

“Faham tuan…, minum todi cacing dalam perut boleh mati. Itu todi sangat bagus!”

Mulut En. Maniam ternganga….!?!?!

Diukir dari sebuah filem Tamil oleh Burung Punai.


Kata Bestari:

“Kita adalah apa yang kita lakukan berulang kali. Kecemerlangan bukannya satu tindakan, tetapi satu tabiat,”- Aristotle.

“The greatest mistake a person can make is doing nothing.” John C. Maxwell.

“In the middle of difficulty lies opportunity.” Albert Einstein.

“Keting kanan saya sakit semasa membuat persediaan. Tetapi tatkala pistol pelepas berbunyi, saya lupakan kesakitan dan menumpukan ingatan hanya untuk menang.” Rabuan Pit.

“Di sana padi di sini padi, padi huma dari seberang; sana budi di sini budi, barulah nama disebut orang.” Pantun Melayu.

“Love has no age, no limit and no death.” John Galsworthy.

“Everything is practice.” Pele.

“Tidak sepatutnya seseorang langsung mengiginkan apa saja yang dilihatnya. Anda jgn selalu percaya pada pandangan kerana seluruh kesalahan berasal dari mata.” Hafeez.

 

Leave a Reply

Top