You are here
Home > Sentimen > ISA: “Detention without trial is history in Malaysia” – NAJIB RAZAK

ISA: “Detention without trial is history in Malaysia” – NAJIB RAZAK

 

“Ditahan tanpa perbicaraan telah menjadi sejarah di Malaysia!”. Itu adalah kata-kata bestari oleh Perdana Menteri kita YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Kata-kata itu dilafazkan oleh Najib sebaik saja Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan oleh beliau.

ISA ini ialah Akta yang mengandungi undang-undang yang membolehkan Kerajaan menangkap sesiapa saja tanpa perbicaraan dan memasukkan mereka ke dalam tempat tahanan di Kemunting Perak. Sesiapa saja di sini maksudnya ialah individu yang disyaki melakukan perbuatan mengkianati negara atau perbuatan yang boleh menimbulkan gangguan terhadap kehormonian rakyat dan kesetabilan negara.

Ramai yang telah ditahan di bawah Akta ini. Antaranya Kassim Ahmad, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Parti Pembangkang serta mereka yang dituduh membantu gerakan  komunis. Katanya semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, pada waktu beliaulah ramai yang telah dibawa ke Kemunting. Mahathir menggunakan ISA ini untuk menumpaskan gerakan bawah tanah yang dikatakan mengancam keselamatan negara. Tapi kata orang-orang politik Tun menggunakan ISA juga untuk menahan musuh-musuh politiknya.

Kenapa ramai pemimpin parti pembangkang yang menentang ISA? ISA adalah undang-undang yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa perbicaraan. Asal saja seseorang itu disyaki terlibat dengan anasir yang boleh mengganggu ketenteraman negara, maka orang berkenaan boleh ditahan dibawah ISA. Tahanan yang tidak dibicarakan. Ini bertentangan dengan prinsip undang-undang yang penting iaitu Natural Justice.

Apabila Najib memansuhkan ISA, ramai yang bertanya mengapa Najib lakukan perkara itu. Ada yang berpendapat Najib seharusnya mengekalkan ISA demi mempertahankan kuasa UMNO dan kuasa Melayu. Sesungguhnya, kata mereka Najib telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar. Najib sepatutnya melihat dengan teliti dan  belajar dari sejarah!

Ancaman komunis

Sejarah sesuatu negara berkaitan sangat dengan apa yang berlaku di negara-negara lain sekitarnya. Tiga dekad selepas negara kita merdeka kita dilingkari faham komunis yang bersedia bila-bila masa saja untuk menelan negara kita yang tercinta ini. Di utara perang antara Vietnam Utara dengan Vietnam Selatan sedang berkecamuk. Perang ini adalah perang Demokrasi melawan Komunis. Awal sebelum itu, peristiwa di Diem Bien Phu iaitu tewasnya Peranchis  di Utara Vietnam pada 1954, menyebabkan pemikiran sebahagian para ahli sejarah dan pemerhati politik antarabangsa percaya bahawa ‘Tiori Domino’ akan terjadi terhadap negara-negara di Tenggara  Asia.

Domino adalah satu jenis permainan yang disusun dalam bentuk yang sebaris tetapi tidak semestinya lurus. Biasanya benda yang disusun itu sama besar dan apabila yang pertama ditolak jatuh maka benda itu akan menimpa yang berikutnya, dan yang berikutnya pun jatuh. Begitulah seterusnya. Jadi nama permainan ini diambil bagi menerangkan akan keadaan politik yang berlaku di Asia dan di Tenggara Asia. Maknanya apabila China jatuh ketangan komunis dan diikuti oleh Vietnam Utara dan kemudian Vietnam Selatan. Negara-negara lain seperti lLaos, Cambodia, Thailand, Burma, Singapura, Filipina dan Malaysia akan turut jatuh ketangan faham komunis. Demikian maksud atau makna Tiori Domino.

Di selatan, Parti Komunis Indonesia (PKI) dengan ghirah berkembang di negara berkenaan sehingga dikatakan yang PKI adalah parti komunis ketiga besarnya (dari segi jumlah ahli) di dunia.

Selepas 30 tahun merdeka negara kita Malaysia mengalami gangguan oleh gerakan serversif. Anasir yang tidak diingini telah meresap masuk kedalam parti-parti politik ketika itu. Anasir jahat itu juga telah telah meresap masuk ke dalam Kesatuan Sekerja dan juga menyusup masuk mempengaruhi Gerakan Pelajar. Dalam masa yang sama Komunis mengangkat senjata dan melancarkan perang di hutan. Mereka juga berada di bandar-bandar untuk memecah belahkan rakyat.

Senario keselamatan seperti di atas yang dihadapi negara sangat memerlukan undang-undang ISA.

Kenapa Najib mansuhkan ISA?

Hari ini, kebijaksanaan silam itu sudah tiada lagi, sudah dipadam oleh Najib. “Detention without trial is history in Malaysia,” demikian kata Najib memberitahu dunia.

Bilamana ISA ditarik, maka Pakatan Pembangkang pun bagai kadok naik junjung dengan ghirah dan sukanya menyemarakkan Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur. Di sana sini orang-orang Cina telah mula dengan beraninya menyertai perhimpunan itu secara terbuka dan terang-terangan dengan kemeja-T kuningnya. Kereta-kereta yang berplate nombor Singapura juga telah kelihatan dengan banyaknya di Kuala Lumpur semasa Perhimpunan Bersih itu. Begitulah apabila kebebasan diberi!

Cuma kenapa Najib menarik ISA? Sebab-sebabnya tentulah ada. Yang pasti bukanlah desakan Parti Pembangkang! Pembangkang tidak boleh mengatakan merekalah yang menyebabkan Najib menarik ISA. Selepas Najib menarik ISA tiada apa-apa reaksi dari mereka yang memuji Najib. Pada hal merekalah yang menentang ISA habis-habisan sebelum itu.

Dalam undang-undang sivil dan undang-undang pentadbiran seseorang yang dibawa keperbicaraan akan ditanya oleh Pendakwa atau oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang lebih kurang berbunyi begini:

“Pada tarikh…..bertempat di…jam pukul…anda telah didapati melakukan perbuatan.…Perbuatan itu adalah bertentangan dengan undang-undang/akta…fasal (seksyen)….Oleh itu anda didakwa kerana telah melakukan satu perbuatan yang salah disisi undang-undang. Jika anda didapati salah anda boleh dihukum di bawah seksyen…..”

Selepas membaca dakwaan itu, Pendakwa atau Pihak Berkuasa Tatatertib akan bertanya kepada yang dituduh, “Adakah kamu faham dakwaan itu,?”

Yang di tuduh menjawab, “Faham!”

Pendakwa atau Pihak Berkuasa Tatatertib bertanya pula, “Jika anda faham maka apa pengakuan anda, bersalah atau tidak bersalah?”

Jawab yang didakwa, “Saya tidak mengaku salah,”

Pendakwa atau Pihak Berkuasa Tatatertib pula meminta yang didakwa supaya mengemukakan saksi.

Mahkamah Padang Masyhar

Saya jelaskan proses dan prosidur perbicaraan ini kerana saya mahu menunjukkan satu perkara iaitu proses menjatuhkan hukum kepada manusia oleh Allah di Padang Masyhar (Mengikut ceramah Datuk Ustaz Shamsuri Hj Ahmad dalam siri Zon Kuliah) adalah seperti diatas.

Mengikut Shamsuri, Allah menyebut  dahulu kepada si Polan bahawa kamu telah pun melakukan perbuatan (perbuatan berdosa) itu. Apa kata kamu., tanya Allah.

Si Polan menjawab, yang ia tidak melakukan. Lalu Allah mengemukakan saksi. Saksi Allah ialah tangan, kaki dan mana–mana anggota badan si Polan yang lain yang terlibat dalam kes berkenaan. Maka saksi Allah pun bercakaplah.

Sebenarnya sebagai yang Maha Mengetahui, Allah tidak perlu pun bertanya soalan itu dalam menghakimi si Polan. Kerana Allah telah pun mengetahui segalanya. Namun sebagai formaliti dan sebagai  Maha Penyayang dan Maha Adil, Allah tetap bertanya.

Ini adalah tatacara Allah di Padang Mahsar dalam mengurus kebaikan dan kejahatan hamba-hambanya. Demikian saya petik ceramah Shamsuri.

Cuba pembaca bandingkan tatacara Allah di Padang Mahsar dengan tatacara oleh Pendakwa dan Pihak Berkuasa Tatatertib dalam mengurus kes civil dan kes undang-undang pentadbiran. Perhatikan baik-baik! Hal pengurusan seperti ini tidak ada dalam pengendalian kes ISA!

Billa anda memahaminya maka anda telah mendapat jawapan mengapa Najib hapuskan ISA. Kesimpulannya, begitu besarnya hati baik Najib dan begitu bersihnya hati beliau. Jujur dan akur kepada Sang Pencipta! Hal inilah menyebabkan Pas terkedu dan langsung menghulur tangan.

Selamat memimpin Najib. Semoga Allah rahmati anda dan negara kita!

Leave a Reply

Top