
Memiliki rumah yang cantik dengan persekitaran yang aman dan damai sudah pasti menjadi idaman semua orang. Mungkin kemewahan bukan keutamaan, sebaliknya kesederhanaan yang jadi pilihan.
Berikut adalah beberapa rumah kediaman yang unik dari seluruh dunia. Dari rumah-rumah di persisiran pantai hinggalah ke percutian di pergunungan, hartanah-hartanah yang pada kelas yang tersendiri ini pastinya memukau mata dan menerobos alam impian anda.
Di bawah rimbunan Pohutukawa

Bayangkan pulang ke santuari hutan anda setiap hari. Rumah menakjubkan ‘Di bawah Pohutukawa’ di Auckland, New Zealand, terletak di belukar dara purba yang dikelilingi oleh pokok-pokok Pohutukawa yang asli. Ia direka oleh Herbst Architects.
Ia seolah-olah seperti anda sedang dibelai oleh hutan misteri. Bangunannya ditutupi oleh bumbung kaca yang besar dan dinding yang membuat rumah kelihatan telus, supaya anda boleh melihat persekitaran hutan dari setiap arah. Sangat tenang!

Tekstur dan warna rumah diilhamkan oleh pokok-pokok sekelilingnya, yang membantu penyamaran rumah ini ke dalam hutan. Terdapat tiga bilik tidur yang, dapur, unggun api dan pemandangan sekitar yang mengelilinginya. Dengan pandangan seperti itu dari bilik anda, sudah pasti akan menenangkan dan melupakan anda dari hiruk-pikuk kehidupan kota.
Rumah Air Terjun Bay, Marlborough Sounds, New Zealand
Terletak di satu teluk yang jauh di Marlborough Sounds, rumah ini menekankan ciri-ciri menarik sebuah teluk kecil. Bagi mereka yang tidak boleh memilih sama ada sukakan air yang tenang atau kehijauan hutan, rumah ini menawarkan kedua-duanya.
Rumah dua tingkat, tiga bilik tidur dipisahkan kepada zon yang berbeza. Satu zon utama rumah melibatkan ruang tamu, bilik makan yang luas dan dapur dengan bilik-bilik tetamu di tingkat bawah.
Zon yang lain pula mempunyai bilik tidur, yang disokong oleh tiang-tiang balak yang memberi rasa bagaikan terapung di celah-celah antara air dan pokok-pokok.
Apabila anda perlu untuk berehat dan bersantai, lunjurkan saja kaki anda di sebelah tempat api terbuka sambil menikmati pemandangan.
Casa del Ancantilado, Sepanyol
Rumah pelik oleh oleh arkitek Gilbartolome ini dibina ke dalam lereng bukit di Salobreña,Sepanyol.
Ia direka untuk mengekalkan keharmonian dengan iklim dan persekitaran, jadi dinding rumah ini telah direka khas supaya menjadi sejuk dalamannya pada musim panas. Lihatlah lengkung bumbung yang sungguh unik itu. Ianya lebih seperti satu karya seni berbanding sekadar sebuah rumah.
Dan ia pencahayaan yang sedikit malap dalam bilik memberikan ia suasana yang sungguh romantic. Tapi itu bukan bahagian terbaik tentang rumah lereng bukit ini, sebaliknya, ia dibina menghadap ke laut! Pemandangan yang menakjubkan ke arah laut tidak terhalang oleh balkoni dan dan dari dalam bangunan.
Pemilik rumah ini mahukan rumah itu agar lebih menonjolkan dan menjadikan Laut Mediterranean didepannya sebagai tarikan utama. Dengan pemandangan yang menenangkan untuk dilihat setiap hari, adakah anda fikir anda hendak pergi dari rumah ini lagi?
Villa Vals, Switzerland
Ini sebuah lagi rumah lereng bukit tapi kali ini di Switzerland. Tentu anda berfikir kenapa ada bangsal pula di sini?
Sebenarnya ia adalah pintu masuk ke rumah bawah Tanah yang berada di lereng bukit itu. Terletak jauh dari bandar, anda boleh melarikan diri dari kesibukan kota ke bukit-bukau di Switzerland dan menikmati rumah ini yang sepenuhnya digali ke dalam lereng bukit dan terletak di sebelah Therme Vals yang terkenal.
Ianya cukup cantik jika anda suka bermain ski kerana anda betul-betul di cerun-cerun dan boleh ski sepanjang jalan ke Therme Vals pada musim salji. Rumah percutian bawah tanah ini adalah sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan untuk melarikan diri daripada kehidupan yang sibuk dan menikmati suasana damai dan tenang. Hiasan dalamannya yang mewah serta sesuai sebagai tempat peranginan ski.
Ada tak rumah-rumah di Malaysia yang unik seperti ini? Kalau ada, jom kongsi gambar bersama kami.