You are here
Home > Sejagat > Lelaki Ketagih Makan Batu Bata Sejak 20 Tahun

Lelaki Ketagih Makan Batu Bata Sejak 20 Tahun

Sewaktu rakyat Malaysia gila-gila mendapatkan makanan segera  seperti burger, pizza dan ayam goreng, Pakirappa Hunagundi 33, ketagih memakan lumpur, batu bata dan blok bangunan.

Sekali fikir, memang tak masuk akal, tetapi Pakirappa melakukannya sejak berumur 10 tahun. Dinding rumahnya dan jalan di Karnataka, India   sudah menjadi  makanan kegemaran yang sukar ditinggalkan .

“ Saya sudah makan  dinding batu, lumpur dan bata  lebih 20  tahun lalu. Ianya sudah menjadi sebahagian dari hidup saya.”

“Sekarang ianya satu kemestian kepada saya. Saya boleh elak makan tetapi tidak lumpur atau bata. Saya mesti makannya setiap hari. “

Setiap hari, beliau mampu menghabiskan 3 kg lumpur dan batu bata.

Ibunya tidak pernah berhenti memujuknya berhenti dari memakan bahagian dinding  rumah dan kampong mereka, tetapi Pakirappa mengatakan rasa  bahan binaan itu adalah rasa A1 – istilah India untuk terbaik.

“ Saya tak suka makan selain dari lumpur, bata dan batu – walaupun kamu menawarkan saya nectar suci – saya tidak akan menukarnya.

“ Ibu saya menegah saya  makan semua ini tetapi, walaupun dia memberikan saya ayam goreng, saya tidak akan memakannya – saya tak suka langsung. “

“Saya perlukan lumpur dan batu untuk makan.”

Pakirappa menderita apa yang dikatakan penyakit Pica, iaitu penyakit berselera terhadap bahan bahan   yang tidak mengandungi nilai nutrisi.

Sambil menunjukkan  set giginya yang normal, Pakirappa menolak sebarang cadangan untuknya mengekang ketagihannya itu.

“ Saya tidak mengalami apa-apa  kesan negatif  akibat kebiasaan ini.  Gigi saya elok sahaja malah saya boleh gigit batu yang paling keras tanpa apa-apa masalah pun.”

Beliau yang bekerja sebagai buruh di kampungnya kini bercadang mengembara ke seluruh Negara sambil menunjukkan bakatnya yang luar biasa.

“ Ayah saya mati empat tahun lalu. Saya kena bertanggungjawab terhadap ibu saya. Kami tidak ada sebarang sumber pendapatan , jadi saya harus gunakan  kelebihan saya ini. Saya nak tunjukkan kepada orang ramai apa yang saya boleh buat dan mendapatkan wang darinya. “

 

Sumber : www.dailymail.co.uk

Leave a Reply

Top