You are here
Home > Sastera (Page 3)

XPDC Lebir – 4 – Sembang-sembang Kereta Api

“Wahh…Encik kita juga macam geng kita lain kat sana tu, telah tidur rupanya dia!” kedengaran sayup di telingaku suara Sani yang sedang berjalan melintasi kerusi atau bangku dudukku. “Encik kita ni, waktu tidurnya pun dengan senyum, aduhai, lihatlah..!” kedengaran suara saorang siswi menyambut kata-kata Sani, aku pasti pemiliknya adalah Meng Soo. “Pegawai

JAJA Pendekar Melaka – Bab 14

Setelah makan tengahari dan berbincang  mengenai agama baru, mereka pun bertolak turun dari dataran. Harapan mereka dapat mendalami agama baru itu lagi bila di Melaka nanti. Menurut Jaja, gurunya pernah menyebut bahawa adiknya di Melaka telah membina sabuah balai yang khusus untuk mendalami agama baru ini. Di situlah berhimpun penganut

Apa Seharusnya Terjadi

Hati Pak Tempua dan Mak Tempua merasa puas. Sarang yang selama ini diidam-idam telah pun siap. Dan Mak Tempua mukanya merah-merah menantikan saat-saat bahagia, saat untuknya bertelur. Kekadang memikirkan masa bertelur menyebabkan Mak Tempua berasa gembira bercampur resah gelisah. Cuma yang pasti kepada Mak Tempua ialah saat-saat yang ditunggu dalam

Roy.. Kamu bukan lelaki pemberi!

Awal bulan lalu Roy berkenalan pula dengan seorang siswi Fakulti Sastera. Siswi genit jelita itu terjumpa di klinik Fakulti Perubatan kerana kemalangan. Roylah yang membantu menguruskan hal gadis genit itu di klinik. Dari situlah bermula hubungan mereka yang seketika sahaja telah menjadi intim. Itulah kelebihan hero kita ini, pemikat hebat

XPDC Lebir – 3 – Bermulanya Satu Ekspedisi Mahasiswa

Deruan bunyi keretapi malam yang kami naiki kian bertambah kuat dan nyaring, membelah malam yang kian bertambah sunyi. Sang keretapi yang bagaikan  saorang buroh yang gagah lagi setia, tidak jemu-jemu bertempik di sepanjang jalan. Meredah malam membawa penumpang yang punya agenda masing-masing, termasuklah kami. Ini bukanlah kali pertama aku bersama

JAJA Pendekar Melaka – Bab 13

Mereka tiba di sebuah dataran ketika mentari telah condong. Mereka berhenti melepaskan penat berjalan, masing-masing mencari tempat duduk untuk berehat. Tiar memilih tempat di sebatang banir besar sebuah pehon, di situlah dia menerus kerja dengan bola rotannya yang belum selesai. Begitu juga Lati dan Buyong telah mendapatkan tempat berehat masing-masing.

Roy.. Kamu bajai sifat yang ditakuti!

Semalam Roy barkenalan dengan seorang siswi asal Sarawak turunan Penan campur benih darah Barat. Namanya Ira Ziya. Ibunya Penan jati, puteri Penan yang tercantik di seantero Borneo. Bapanya American dari turunan Ireland dan Itali Mediterranean bercampur pula Red Indian America, sekarang campur lagi dengan Penan. Ibu bapa Ira Ziya bernikah

XPDC Lebir – 2 – Lembah Sungai Lebir

“Encik kita ni sedang nak bercerita mengenai hasil perjumpaannya dengan Profesor Dr. Khoo Kay Kim,” Sani pantas mematikan jalan bicara rakannya. Memang Sani begitu sejak akhir-akhir ini, mengurangkan kelakar-kelakar kosong kerana dia sedang kuat belajar bagi mendahulukan pemikiran akademik dari yang lain. “Waktu perjumpaan itu saya bersama Nik pengarah, dialah yang

JAJA Pendekar Melaka – Bab 12

Pagi itu dua orang anak saudagar Terandak mengikut sama. Mereka mahu berkelana bersama Jaja dan Buyong ke Melaka. Jaja yang mulanya seorang diri kini ditemani oleh tiga anak muda yang sebaya dengannya. Dan seorang dari rakan barunya itu ialah perempuan. Jaja gembira kerana inilah kali pertama dalam hidupnya dia mempunyai rakan

XPDC Lebir – 1 – Melaram Citra Mahasiswa

Kami tiba di stesen keretapi Gemas pada jam 1.00 pagi, menurut jam besar yang tergantung di stesen berkenaan. Anak-anak buahku seramai 26 orang yang terdiri dari mahasiswa ahli Kelab Akhbar Mahasiswa (KAM) Universiti Putra Malaysia (UPM) mundar mandir meninjau stesen yang menjadi pertemuan antara jalan keretapi pantai barat dengan jalan

Top